syedasyraf

PECCA: Breakout ATH

MYX:PECCA   PECCA GROUP BERHAD
- Sektor: Trading & Services, Automotive, Auto Parts, Industrial Products & Services.

Analisis Fundamental

- Merupakan syarikat yang mempunyai asas kewangan yang kukuh setiap kali QR keluar kecuali pada Q4 FY202.
- Pada QR3 pada tahun 2021, PECCA menunjukkan kenaikan yang amat bagus dengan mencatatkan perolehan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM42.5 Juta berbanding pada QR2 2021 sebanyak 39.5 juta.
- Keuntungan PECCA juga meningkat pada QR3 FY2021 iaitu 8 juta berbanding QR2 FY2021 iaitu 6.1 juta.
- Antara Insitusi atau jerung yang memegang saham PECCA adalah Employees Provident Fund Board: RM9.27 juta.


Analisis Teknikal

1. Tertinggi dalam sejarah beserta volum: Setelah menutup sesi dagangan pada sebelah petang mengatasi paras rintangan tertinggi dalam sejarah menjadikan PECCA kini telah membentuk harga tertinggi yang baharu.

2. MACD Golden Cross di kawasan positif menandakan signal belian yang kuat.

3.RSI menceceh paras 70 menandakan momentum PECCA di tahap yang tinggi.

Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukanlah cadangan belian mahupun jualan.

Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya

#TAYOR #BAYOR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.