Pak_Din

PRIVA- Ke manakah hala tujunya?

MYX:PRIVA   PRIVASIA TECHNOLOGY BERHAD
Sektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, Satelit based, ICT, Wireless Broadband

Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- PRIVA melakukan retracement daripada fasa distribution stage 3 dan terbentuknya fasa downtrend yakni stage 2.
- Fasa Downtrend terjadi apabila Volume seller (jualan) menguasai Volume Buyer(Belian).
- RSI juga mulai mendongak ke bawah ke arah bawah paras 50 dan belum mewujudkan tanda bahawa fasa downtrend ini akan berakhir.
- PRIVA juga menunjukkan cubaan untuk melakukan reversal namun gagal dan ini ditunjukkan di dalam chart (Fake breakout)
- Ramalan saya bagi PRIVA , kemungkinan akan sideway pada garisan RBS sebelum membuat kenaikkan semula.

Dari sudut fundamental
- Dari segi pendapatan bersih syarikat PRIVA kembali membuat keuntungan bersih sebanyak 283K berbanding Q4 2020 yang mengalami kerugian sebanyak 3.82 juta. Hal ini merupakan sudut positif bagi syarikat PRIVA kerana dapat menjana keuntungan dikala kerugian yang teruk. Tambahan lagi pada musim COVID19.
- NTA syarikat PRIVA 0.100 membawa maksud syarikat PRIVA dikategorikan sebagai berada pada paras tinggi daripada penilaian.
- EPS semasa syarikat iaitu -0.86 membawa maksud syarikat PRIVA masih dikategorikan sebagai negative earning.



Highlight
- Untuk mengetahui lebih terperinci tentang market stage , boleh klik pautan di bawah:

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.