TradingView
naimmp98
25 Mei 2021 pukul 15.57

SCNWOLF (Serigala Mencari Habuan Setelah Berhenti Berehat) 

SCANWOLF CORPORATION BHDMYX

Huraian

Sektor:
- Office Products, Plastics, Plastic Product (Consumer), Building Materials, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- SCNWOLF tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Dalam 10 quarter terkini, 70% adalah rugi. Untuk dua quarter paling terbaru, SCNWOLF dilihat membuat keuntungan secara berturut². Walaubagaimanapun, keuntungan SCNWOLF masih menyusut YoY sebanyak -204.32%.
- Hasil (revenue) SCNWOLF juga menyusut YoY sebanyak -14.47%.
- iSaham mengkategorikan SCNWOLF sebagai syarikat 'negative earnings'. Skip jika anda belum mahir untuk cut loss.

~Teknikal~
- Setelah muncul signal 'medium bullish divergence', SCNWOLF breakout MA 50 dan membuat kenaikan parabolic.
- Kemudian, SCNWOLF membuat pullback sehingga ke atas MA 50 dan fibo 0.382.
- Hari ini, harga SCNWOLF gap up menandakan pembeli mula menunjukkan minat terhadap SCNWOLF setelah harga jatuh sebelumnya.
- Gap up ini mungkin menunjukkan bahawa SCNWOLF sedang rebound. Ini disokong oleh 2 petunjuk:
1) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga cuba rebound di atas support.
2) MACD 4R1G (Penerangan di nota kaki).
- Jika harga mampu rebound di atas fibo 0.382 ini, kekuatan kenaikan terbaru bagi SCNWOLF ini adalah lemah (weak uptrend) dan berpotensi menuju ke RM 0.395.

Nota kaki:
* Medium Bullish Divergence = Keadaan dimana harga mendatar tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Komen
deanmentari
Terbaik Tuan
naimmp98
@deanmentari, Wah... Tuan lebih advance ni... Salute sangat dengan orang yang mahir wyckoff method ni
zackdinz
Terima kasih atas penulisan yang baik. Nampak harga berusaha untuk naik tetapi ada berlaku penolakan ke bawah untuk menutup gap di bawah. Doji terbentuk selepas tutup gap. Kalau harga berjaya naik 0.310 mungkin dia akan naik untuk mencari level gap di atas. Wallahualam.

naimmp98
@zackdinz, Terbaik ulasan tuan. Mantap.
zackdinz
@zackdinz, mission complete..sampai target..rasa boleh naik lagi 0.375 tu..😎

naimmp98
@zackdinz, Terbaik tuan
zackdinz
@zackdinz, sampai 0.375. Alhamdulillah. ada rejection pada 0.375. Dah tak boleh naik rasanya.

naimmp98
@zackdinz Boleh jadi tuan sebab sebelum ni pon dia pernah buat rejection dekat situ sebelum jatuh
deanmentari
Dr_Al_Aarifin
Terbaik
Lebih