FauziSaham

Adakah Scomnet mampu naik lebih tinggi?

MYX:SCOMNET   SUPERCOMNET TECHNOLOGIES BHD
Dengan melihat pada carta mingguan dan corak pitchfork, scomnet telah berjaya melepasi Median Line pitchfork, meletakkan ia di posisi untuk boleh naik lebih tinggi menuju Upper Quartile Pitchfork.

Namun candle mingguan terakhir ialah spinning top, menunjukkan kemungkinan berlaku konsolidasi atau sideways.

Walaupun prestasi kewangan Scomnet sangat bagus, berkembang dari tahun ke tahun, tapi pada harga sekarang ianya sebenarnya adalah overvalued.

Jadi laporan kewangan berikutnya adalah sangat penting untuk ia meneruskan kenaikan. Scomnet perlu mencatat peningkatan keuntungan.

Dalam keadaan sekarang adalah lebih bijak untuk cuba dapatkan harga yang hampir dengan paras sokongan iaitu 0.805, atau tunggu ia melepasi rintangan 0.890.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.