Meem

SLB: Jurang Kenaikan?

NYSE:SLB   Schlumberger N.V.

SLB dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Lilin pada hari terakhir dagangan dilihat membuat 'breakaway gap' dan tutup di atas paras rintangan
Analisa volum mendapati pembentukan jurang tersebut adalah disokong dengan kehadiran volum penyertaan yang lebih tinggi dari paras purata
Petunjuk RSI pada selang harian dan mingguan kedua-duanya berada di zon positif namun semakin menghampiri kawasan 'overbought'
Pergerakan harga adalah dilihat disokong kuat oleh EMA20 yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Lilin pada selang masa mingguan juga dilihat baru sahaja melepasi garisan EMA200 mingguan beberapa bulan dagangan yang lalu

Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga berjaya bertahan dan meneruskan kenaikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.