TradingView
Ajrun_
12 Ogs 2021 pukul 17.38

SMCAP: Nak Teruskan Retracement atau Tukar Haluan 

SINMAH CAPITAL BERHADMYX

Huraian

Sektor: Industri Pemprosesan
Industri: Komoditi Pertanian/Pengilangan

1. Analisa Trend

I. Boleh lihat MYX:SMCAP sedang melakukan "retracement" setelah mengalami kenaikan pada 15 Jun 2021.
II. Paras harga "resistance" ialah 0.350 dan paras harga "support" ialah 0.320.
III. 12 Ogos 2021, MYX:SMCAP tutup dengan harga 0.355 diatas paras "resistance" dengan ada kenaikan volume.
III. Boleh diperhatikan pergerakan ia sekiranya MYX:SMCAP kekal berada di atas paras harga 0.350.

2. Corak Carta

I. Corak yang ditunjukkan di dalam carta ini adalah "Symmetrical Triangle".

3. Penunjuk indikator

I. Moving Average - EMA9(biru) telah menunjukkan mahu bersilang keatas MA20(merah). Namun ia masih dibawah MA50(hitam).
II. RSI - MYX:SMCAP menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.
III. MACD - Garisan MACD telah menunjukkan mahu bersilang keatas garisan Signal.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
Lebih