TradingView

3 tip untuk membina satu set minda profesional 🎯

Pendidikan
AMEX:SPY   SPDR S&P 500 ETF TRUST
Hai Semua! 👋

Hari ini, kami akan bercakap mengenai pembinaan satu set minda profesional. Walaupun topik ini sudahpun menjadi subjek untuk pelbagai buku-buku dan sastera perdagangan selama bertahun-tahun, kami fikir ia adalah menarik untuk mengambil beberapa bahagian paling penting untuk komuniti TradingView. Mari kita bermula!


1.) Mula berfikir dalam Kebarangkalian 🔢

Mari kita lihat dengan pantas kepada satu daripada konsep-konsep paling penting di dalam Dagangan dan di dalam kehidupan: Nilai Jangkaan.

Nilai Jangkaan adalah hanya satu nombor yang menunjukkan, berdasarkan pada kebarangkalian, nilai apabila melakukan sesuatu tindakan. Ia boleh menjadi positif atau negatif. Bolehkah dagangan ini menghasilkan wang? Patutkah saya menukar kerjaya? Patutkan saya mengahwini pasangan saya? Semuanya akan pergi kepada Nilai Jangkaan. Sekarang - Apakah yang membuat Nilai Jangkaan? 2 perkara: %Nisbah Bat dan Menang /Kalah.

Nisbah Bat adalah peratusan kemenangan lawan hasil keseluruhan. Menang /Kalah adalah saiz kemenangan purata dibahagikan kepada saiz kekalahan purata. Apakah peluang perkara ini akan terjadi? Sebesar mana kemenangan? Sebesar mana kekalahan? Apabila anda menggabungkan nombor-nombor ini, anda akan dapat memahami dengan lebih jelas samada ia masuk akal atau tidak untuk melakukan sesuatu tindakan.

Katakan sebagai contoh, bahawa satu idea dagangan tertentu mempunyai 50% peluang untuk menjadi. Satu kemenangan akan memberikan anda $2, manakala satu kekalahan akan merugikan anda $1. Patutkah anda mengambil dagangan itu?

Jom kita cuba . Di dalam contoh ini, anda mengambil dagangan ini 100 kali. 50 kali, anda menang $2, dan 50 kali anda rugi $1. Anda akan berakhir dengan satu jumlah keuntungan sebanyak $50! ((50x2)-(50x1)). Sudah jelas bahawa dagangan ini mempunyai nilai dijangka yang positif! Jadi, walaupun jika anda mengambil dagangan dan berakhir dengan satu kekalahan, anda masih membuat satu keputusan yang tepat, jika anda melihat daripada satu pendirian Nilai Jangkaan.

Kesulitan dengan menggunakan Nilai Jangkaan adalah Nisbah Bat dan Menang /Kalah adalah bukan nombor tepat. Mereka adalah anggaran. Jadi, membina satu perasaan bahawa kemungkinan sesuatu akan terjadi, dan membina satu pemahaman untuk amplitud kemenangan dan kekalahan adalah satu kemahiran untuk dibina samada untuk berdagang dan kehidupan. Satu jalan mudah untuk menentukur antena anda untuk ini adalah hanya dengan membuat satu nota apa yang anda jangkakan akan terjadi di dalam jurnal dagangan anda. Selepas anda melakukan banyak pengulangan secara berterusan, keupayaan anda untuk meneka hasil yang akan terjadi akan bertambah baik.



2.) Kesedaran diri 😵‍💫

Di dalam dagangan, perlakuan semua peserta-peserta pasaran adalah didorong oleh 2 ketakutan: ketakutan terlepas peluang dan ketakutan kerugian. Dalam kata lain, ketakutan dan ketamakan. Bergantung kepada keadaan otak dan pengalaman hidup anda, berkemungkinan salah satu daripada ketakutan-ketakutan ini akan memberikan impak kepada anda lebih kuat dari yang lain.

Cuba fikirkan senario berikut: Anda membuat satu dagangan, dan posisi itu mula bergerak mengikut arah yang anda mahukan. Aset itu kemudiannya mula bergerak ke sisi. Mari kita meneliti dua jalan pergerakan ini boleh pergi:

a - anda menutup posisi anda. Kemudian aset itu mula bergerak sekali lagi ke arah yang anda mahukan, harga kemudian naik tiga kali ganda. Anda terlepas pergerakan ini, kerana sekarang anda telah keluar dari posisi anda untuk satu keuntungan yang kecil.

b - anda tidak keluar dari posisi, dan aset itu berundur semula kepada titik renti rugi anda, dan anda mengambil satu kerugian pada dagangan.

Yang manakah di antara senario-senario ini lebih menyakitkan kepada anda? Tiada jawapan yang *betul* atau *salah*, tetapi ia adalah penting untuk mengetahui ketakutan manakah yang lebih kuat memberikan kesan kepada keadaan membuat keputusan di dalam otak anda. Jika anda mendapati anda adalah lebih cenderung kepada FOMO, cuba cari satu strategi di mana anda boleh memeras sebanyak mungkin keuntungan untuk satu dagangan yang berjaya. Jika anda lebih cenderung kepada ketakutan mengalami kerugian, cuba cari satu strategi di mana kemungkinan untuk mengambil kerugian besar atau konsisten itu paling kurang terjadi.



3.) Kebolehgunaan strategi adalah sangat penting ✅

Tip ini merujuk kembali kepada tip terakhir mengenai kesedaran diri, dan ia benar-benar menekankan mengenai kepentingan konsistensi dalam berinteraksi dengan pasaran.

Apabila anda berinteraksi dengan pasaran, mempunyai satu pelan dagangan yang ditulis dan difahami sepenuhnya adalah kunci kepada kejayaan. Dana lindung nilai terbesar dan paling elit di dunia mempunyai mandat pelaburan yang ditakrifkan dengan jelas, amalan terbaik dan pelan perniagaan. Kenapa anda fikir anda tidak memerlukan satu pelan?

Berkenaan itu, bukan semua pelan-pelan dagangan adalah dicipta serupa, dan walaupun pelan-pelan yang disusun rapi terbaik...dll.

Apabila mereka satu pelan dagangan, banyak pedagang-pedagang baru atau pertengahan menfokuskan sepenuhnya kepada aspek membuat duit. Seperti, 'strategi apakah yang boleh memberikan saya keuntungan paling tinggi pada satu jangka masa yang ditentukan.' Bagaimana saya mendapat kelebihan? Biasanya ujian belakang, penyelidikan asas, visi, dan lain-lain memainkan satu peranan di dalam membantu menjelaskan kriteria untuk satu strategi yang menguntungkan.

Akan tetapi, pedagang-pedagang mahir mengetahui bahawa ada sesuatu yang lebih penting daripada mentakrifkan kelebihan anda; memastikan konsistensi.

Sebagai contoh, katakan anda telah mendapat satu strategi dagangan yang sempurna yang sepatutnya, dalam teori, di masa hadapan, membenarkan anda berdagang dengan sangat efisyen. Pelan itu memaparkan satu set kriteria yang sempurna untuk membeli kawasan terendah dalam pasaran, dan menjual di kawasan tertinggi pasaran. Untuk orang-orang baru, ini adalah cawan suci. Akan tetapi, hanya kerana anda *memahami* satu strategi tidak bermaksud anda mampu *melaksanakan* strategi.

Anda boleh menguji strategi sempurna ini di dunia nyata, dan jika anda tidak mempu melaksanakan set peraturan yang anda telah bentangkan untuk diri anda di dalam masa kejadian disebabkan oleh keadaan psikologi anda, ia adalah tidak bermakna sebanyak mana pun kelebihan yang strategi itu ada. Anda tidak boleh melaksanakannya.

Jadi, mencari satu strategi yang anda boleh mendorong diri anda melakukannya dengan konsisten, tidak kira apa yang terjadi di dalam pasaran, ia adalah tersangat penting.

Di dalam terma nilai jangkaan dan kesedaran diri, mempunyai satu strategi yang 30% efisyen tetapi anda boleh melaksanakan dengan 100% kepastian adalah lebih berharga daripada satu strategi yang 70% efisyen yang anda hanya boleh laksanakan dengan tepat hanya 40% pada satu-satu masa.

Tidak menjadi tertekan daripada satu kerugian adalah satu kekuatan sebenar. Reka untuk mencegah kesilapan, bukan kerugian.

-

Apapun, terima kasih sekali lagi kerana membaca, dan selamat berhujung minggu! Beritahu kami dengan satu komen di bawah jika anda telah mempelajari apa-apa, dan kami akan mempertimbangkan untuk melakukan satu siri penuh mengenai psikologi dagangan gunaan.

Selamat!

- Pasukan TradingView

Get $30 worth of TradingView Coins for you and a friend: https://www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: https://www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.