TradingView
naimmp98
14 Feb 2021 pukul 17.01

TCS (Merempuh Tiga Garisan) 

TCS GROUP HOLDINGS BERHADMYX

Huraian

Sektor:
- Construction

Idea analisis:
- TCS baru disenaraikan di Bursa pada 23 Julai 2020.
- TCS membentuk cup & handle dan sepanjang tempoh ini, TCS juga membuat fasa distribution dan accumulation.
- Kemudian TCS breakout dengan volume signifikan.
- Sehari selepas itu, TCS masih berada di atas neckline @ ATH iaitu 0.585 dan ini menjadikan garis ini sebagai RBS.

Idea trading plan:
- Entry berhampiran RBS 0.585.
- CL jika harga tutup di bawah RBS 0.585.
- TP menggunakan strategi cup & handle pada 0.835.

Petunjuk/ Nota tambahan:
* ATH = All Time High.
* Neckline = Resistance bagi pattern cup & handle.
* RBS = Resistance Become Support.

#TAYOR #BAYOR
Komen
Dr_Al_Aarifin
Assalaamualaikum, Tuan Naim... Kenapa tuan letakkan fasa distribution di bawah & fasa accumulation di atas? Ada sebab ke? Boleh share?
naimmp98
@Dr_Al_Aarifin Waalaikumussalam, tuan dr. Mengikut kefahaman saya, fasa accumulation berlaku sebelum berlakunya kenaikan harga dan manakal fasa distribution terjadi apabila pemegang melepaskan pegangan sedikit demi sedikit sebelum terjadinya penurunan harga.

Jadi dalam analisis saya ini, saya letakkan distribution di bawah adalah disebabkan "berlaku penurunan harga selepas fasa sideways" manakala saya letakkan accumulation di atas kerana "berlaku kenaikan harga selepas fasa sideways".

Ini sahaja justifikasi saya tuan dr. Mohon tuan dr betulkan jika ada kesilapan dalam idea analisis saya ini. Terima kasih, syukran tuan dr 👍
Dr_Al_Aarifin
@naimmp98, boleh lihat video yg saya pos di Channel Youtube SmartMind berkaitan Volume Price Analysis. Mungkin kita boleh belajar sesuatu drpnya.
naimmp98
Baik... terima kasih tuan dr
Lebih