TradingView
ashrafngaidin
30 Mei 2020 pukul 14.20

Sebelum: TDEX; Selepas: TREX? Panjang

TECHNODEX BHDMYX

Huraian

Kaunter TDEX menjadi aktif dan mempunyai volume yang tinggi beberapa hari lepas hasil reaksi daripada cadangan syarikat untuk membuat PP.
Tujuan PP telah diketahui di QR, iaitu untuk mengembangkan perniagaan.

Sedikit perkongsian, PP yang bagus adalah yang dilakukan untuk mengembangkan pembangunan dan perniagaan syarikat manakala PP yang tidak bagus adalah yang bertujuan membayar hutang.

Melalui carta diatas, beberapa perkara yang boleh dilihat:
Harga sedang berada di MA200 0.055
Volume semakin berkurangan
RSI menuju oversold
MACD tidak berapa menarik
Jika dilihat daripada frame yang lebih besar, TDEX sedang membentik falling wedge.
Rintangan DTL utama berada disekitar 0.08
Buat masa ini harga didagangkan dalam kotak

EP: Support MA200
TP Sekitar DTL utama

Adalah menarik jika mampu memecahkan DTL utama bersama volume yang tinggi, lantas membuat kepastian perubahan trend.

Kaunter ini memerlukan kesabaran yang tinggi, bukan untuk intraday.

Ini bukan panggilan pembelian. ini adalah perkongsian carta.
Pastikan anda mempunya pelan dagangan, jaga modal anda.

#geng20lot #swingdontsmash #pejuang2bid
Lebih