5 Petua Untuk Pencartaan Yang Lebih Cepat

Berikut merupakan 5 petua yang boleh mempercepatkan pencartaan anda. Setiap petua dalam idea ini mengandungi kekunci pintas yang mudah: tekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC anda. Menguasai kekunci pintas ini akan memudahkan anda memilih beberapa lukisan , membuat edit secara pukal, and meningkatkan proses kajian anda.

1. Pilih beberapa lukisan di sesuatu kawasan dengan menekan kunci command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik tetikus di kawasan dipilih. Ini merupakan cara terpantas untuk memilih beberapa lukisan sekaligus. Tekan command/Ctrl dan tarik tetikus anda ke kawasan tertentu.

2. Anda juga boleh memilih beberapa lukisan pada masa yang sama. Untuk bermula, anda boleh menekan kunci command(Mac) atau Ctrl(PC) dan klik pada setiap lukisan satu per satu. Ini berguna jika anda perlu memilih lukisan-lukisan tertentu yang terletak jauh antara satu sama lain di carta.

3. Selepas mempelajari cara memilih beberapa lukisan di carta anda, tahukah anda boleh mengedit mereka secara pukal? Contohnya, anda boleh memilih beberapa lukisan di carta anda dan menukarkan warna setiap lukisan dengan hanya satu klik. Tekan command/Ctrl , pilih setiap lukisan , dan tukar warnanya dalam bar alat terapung yang muncul.

4.Anda boleh menukar lebih daripada warna… Anda juga boleh mengedit ketebalan garisan, sempadan, order visual , warna fon secara pukal. Pilih setiap lukisan menggunakan command/Ctrl dan gunakan bar alat terapung untuk membuat perubahan yang sewajarnya.

5. Kunci command dan Ctrl juga boleh digunakan untuk menduplikasikan sebuah lukisan. Tekan command di Mac atau Ctrl di PC, kemudian menarik lukisan terplih tersebut. Klon yang baru akan muncul.

Kami berharap anda menikmati lima petua ini. Petua ini bertujuan untuk menguasai kekuatan kunci command dan Ctrl. Dengan kekunci pintas ini, anda boleh memilih beberapa lukisan, membuat perubahan pukal, dan menduplikasikan lukisan dengan cepat.

Sila hubungi kami jika anda mempunyai soalan tentang petua ini! Pasukan kami akan membaca komen dan akan cuba membantu anda sebaik boleh. Anda boleh menulis maklum balas dan cadangan anda.

P.S. Kami menggunakan hashtag #TradingViewTips untuk berkongsi petua-petua berguna yang lain tentang platform ini.
Beyond Technical AnalysisTradingView TipsTrend Analysis

Share TradingView with a friend:
tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: tradingview.com/blog/en/
Juga pada:

Penafian