TradingView

Cara untuk menambahbaik dagangan anda dengan melihat kepada

Pendidikan
TVC:US10Y   Hasil Bon Kerajaan Amerika Syarikat 10 Tahun
Hai semua! 👋

Pada bulan ini, kami mahu membicarakan mengenai tajuk kadar faedah; apakah mereka, mengapa mereka penting dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat kadar faedah untuk dagangan anda. Ini adalah satu tajuk yang selalunya diabaikan oleh pedagang-pedagang baru sewaktu bermula, jadi kami harap perkongsian ini akan menjadi satu siri yang dapat membantu dan boleh dilaksanakan untuk orang-orang baru yang mahu mempelajari dengan lebih lanjut mengenai analisa makroekonomi dan asas!

Soalan pertama apabila berurusan dengan kadar faedah adalah bagaimana cara untuk melihat maklumat di TradingView. Anda masih boleh mengklik tab "Bon" di bawah "Pasaran" dan melihat kepada jadual "Kadar" tetapi ada satu cara yang lebih mudah untuk melihat kadar faedah di seluruh dunia iaitu dengan menggunakan terminal 'carian' dan menaip "10Y". Kemudian klik "Ekonomi" dan anda akan dapat melihat semua kadar faedah sejagat untuk 10 tahun.


Konfigurasi ini akan memberikan anda kadar "10 tahun" tetapi anda akan mendapat bon dengan kematangan berbeza menggunakan ticker-ticker berlainan. Sebagai contoh, anda boleh melihat kadar 3 bulan Amerika Syarikat dengan menaip "US03M" atau kadar 10 tahun Brazil dengan menaip "BR10Y". Semua kadar pasaran di dalam sistem kami mengikuti standard ticker ini. Cubalah! Senang sahaja.

Untuk mereka yang belum biasa, di sini dinyatakan bagaimana kadar faedah berfungsi.

Kadar faedah berubah-ubah pada pasaran terbuka sama seperti saham atau mata wang kripto; mereka bergerak menyongsang dengan harga bon kerajaan. Dengan ini, anda cuma perlu melihat kepada harga bon kerajaan untuk mendapatkan gambaran mengenai kadar faedah -> mereka akan bergerak pada arah yang berbeza.

Ini disebabkan apabila bon dikeluarkan, mereka akan dikeluarkan dengan satu "nilai par" dan satu "kadar kupon". Katakan nilai par untuk satu bon kerajaan adalah $1,000 dan kadar kupon adalah 2%. Ini bermakna pada setiap tahun, pengeluar bon akan membayar pemilik bon sebanyak $20.

Selepas bon dikeluarkan, mereka boleh didagangkan secara bebas di dalam pasaran terbuka. Katakan nilai $1,000 bon telah menaik dan mula didagangkan pada $1,030 kerana ada permintaan ketara untuk sebab-sebab tertentu. Kerana $20 dibayar kepada pemilik bon adalah tetap, "kadar faedah" sebenar yang akan pembeli dapat apabila mereka membayar $1,030 untuk bon itu adalah sedikit rendah daripada 2% -> 1.94% secara lebih tepat.

Jadi, perubahan harga bon akan menukar "kadar faedah" pada masa nyata di dalam pasaran!

Satu perkara yang perlu diketahui: Kadar bon kerajaan adalah berbeza daripada kadar "dana" yang ditentukan Kerajaan yang diputuskan oleh bank pusat sesuatu negara.

Minggu hadapan untuk bahagian 2, kita akan melihat kepada apa yang memacu penawaran dan permintaan untuk bon-bon kerajaan / kadar faedah dan bagaimana polisi kewangan memberikan kesan kepada semua aset yang anda dagangkan. Dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat ini untuk kebaikan anda!

Jumpa minggu hadapan!

- Pasukan TradingView ❤️❤️

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.