TradingView

Cara memperbaiki dagangan anda melalui kadar faedah: Bahagian 2

Pendidikan
TVC:US20Y   US 20Y yield
Hai semua! 👋

Pada bulan ini, kami mahu membicarakan mengenai tajuk kadar faedah; apakah mereka, mengapa mereka penting dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat kadar faedah untuk dagangan anda. Ini adalah satu tajuk yang selalunya diabaikan oleh pedagang-pedagang baru sewaktu bermula, jadi kami harap perkongsian ini akan menjadi satu siri yang dapat membantu dan boleh dilaksanakan untuk orang-orang baru yang mahu mempelajari dengan lebih lanjut mengenai analisa makroekonomi dan asas!

Minggu lepas kita telah melihat bagaimana caranya untuk mencari harga bon di platform kami dan juga beberapa petua pantas untuk memahami bagaimana dan kenapa kadar faedah bergerak. Jika anda mahu rumusan pantas, klik pada pautan di bahagian paling bawah catatan ini. Minggu ini kita akan melihat bagaimana memahami kadar faedah adalah penting untuk dagangan anda dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat ini untuk kebaikan anda.


Anda boleh memikirkan pasaran kadar di dalam tiga dimensi.

1.) Mutlak
2.) Relatif
3.) Menerusi Masa


Dengan kata lain;

1.) Bagaimanakah kadar didagangkan pada satu asas mutlak? DENGAN KATA LAIN, adakah mereka menawarkan satu tawaran risiko/keuntungan kepada pelabur-pelabur?
2.) Bagaimanakah kadar didagangkan pada satu asas relatif? DENGAN KATA LAIN, apa yang memisahkan harga bon di antara negara-negara berbeza?
3.) Bagaimanakah kadar didagangkan menerusi masa? DENGAN KATA LAIN, apakah itu "Keluk Hasil"?


Adalah berbaloi untuk melihat dengan lebih mendalam kepada setiap dimensi-dimensi ini dan bagaimana mereka berfungsi. Minggu ini kami akan bermula dengan melihat kadar faedah dari pandangan 'Mutlak'. 🏦

Apabila melihat kepada bon sebagai satu wahana pelaburan secara terus, pelabur-pelabur di dalam pasaran meluas akan selalunya melihat kepada daya tarikan bon dari perspektif hasil/jumlah pulangan berbanding kelas-kelas aset lain seperti ekuiti, komoditi dan mata wang kripto.

Apabila mengukur jumlah pulangan, ada tiga risiko utama yang perlu diketahui:

1.) Risiko Kadar Dana Bank Pusat
2.) Risiko Inflasi
3.) Risiko Kredit

Dengan kata lain;

1.) Adakah kadar bank pusat akan bergerak dalam keadaan yang menyebabkan kadar faedah yang saya akan terima pada sesuatu bon menjadi kurang berdaya saing?
2.) Bon adalah pinjaman dengan satu tempoh masa. Adakah inflasi akan memakan nilai prinsipal saya dalam terma kuasa belian lebih pantas daripada pulangan yang saya akan terima?
3.) Bolehkah rakan niaga saya menyokong saya apabila bon mencapai masa matang?

Untuk Amerika Syarikat, soalan ketiga biasanya "diabaikan" kerana meminjamkan wang kepada kerajaan A.S. selalunya dianggap sebagai "tiada risiko" tetapi di dalam semua senario, memahami daya tarikan hasil bon dalam ufuk masa yang diberikan berbanding kadar faedah dan inflasi adalah satu soalan yang besar.

Tambahan lagi, risiko/keuntungan mutlak untuk kadar perlu dibandingkan dengan kelas-kelas aset lain. Jika S&P 500 memberikan pulangan 2% yang dibayar dari perolehan syarikat-syarikat terbesar di dalam negara, apakah risiko memegang ekuiti berbanding risiko memegang bon? Memahami bagaimana institusi-institusi menilai keputusan ini boleh diukur dengan melihat pergerakan kadar faedah di dalam pasaran terbuka. Apabila saham mengatasi bon, permintaan institusi-institusi untuk saham akan naik, memberikan petunjuk bahawa masyarakat merasa yakin dan mahu mengambil risiko. Apabila bon mengatasi saham, ia adalah petunjuk bahawa masyarakat lebih gemar memegang wahana pembayaran faedah 'tiada risiko' berbanding ekuiti di dalam syarikat dengan prospek ekonomi yang makin menurun.

Ini merupakan cara paling mudah untuk melihat kepada kadar faedah - bagaimana mereka dibandingkan dengan risiko mutlak di dalam pasaran dan bagaimana mereka berbanding aliran-aliran "hasil" lain? Adakah mereka masuk akal dari segi perspektif risiko/keuntungan?

Satu perkara akhir - Jika kadar faedah menaik, nilai pulangan yang diperlukan untuk "memberi pampasan" kepada mengambil risiko memerlukan pulangan yang lebih tinggi atau aset-aset lain seperti ekuiti akan kelihatan kurang berdaya saing. Tambahan lagi, kadar faedah yang lebih tinggi bermaksud aliran tunai masa hadapan adalah semakin kurang nilai disebabkan kebanyakan pengiraan penilaian bergantung kepada "kadar tiada risiko".

Sebagai contoh, satu letupan terjadi akhir tahun lepas menyebabkan orang mula menjual bon dan kadar faedah mula meningkat. Apabila kadar faedah menaik, saham-saham yang mempunyai sebahagian besar daripada "nilai" mereka dihargakan kepada masa hadapan telah terkesan dengan kuat kerana nilai aliran tunai mereka dalam terma sebenar telah jatuh.

Kadar faedah boleh membantu dalam meletakkan pergerakan besar dalam pasaran ke dalam satu perspektif. 😀

Itu sahaja untuk minggu ini! Minggu hadapan kita akan melihat kepada bagaimana risiko kredit dan risiko FX memainkan peranan di dalam penentuan harga bon relatif dan bagaimana bon negara-negara berbeza boleh kelihatan atau tidak kelihatan menarik kepada satu sama lain dalam satu asas relatif. Pada minggu terakhir, kita akan melihat kepada keluk hasil dan bagaimana risiko menerusi masa memberikan kesan kepada permintaan untuk kadar-kadar.

Salam mesra!


-Pasukan TradingView

Ini adalah catatan minggu lepas jika anda terlepas membacanya:

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.