TradingView
Meem
20 Nov 2022 pukul 03.56

Komoditi: Mencari Halatuju? 

United States Commodity Index Fund ETVArca

Huraian

Indeks Komoditi Amerika Syarikat dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Melihat pada selang mingguan pergerakan dilihat masih lagi bergerak di dalam corak carta segi empat tepat
Petunjuk volum pada selang mingguan dilihat menunjukkan harga masih lagi belum menunjukkan kecenderungan pergerakan
Selang masa harian juga tidak menunjukkan sebarang anomali mahupun pergerakan volum yang signifikan
Namun begitu kedudukan harga dilihat masih lagi berada di atas sokongan dinamik MA50 mingguan

Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Lebih