TradingView
lemylockhart
25 Apr 2022 pukul 17.35

25/4/2022 KELEMAHAN DOLAR KANADA Panjang

U.S. Dollar / Canadian DollarFOREX.com

Huraian

Kejatuhan harga minyak ternyata memberi kesan terus kepada Dolar Kanada. Dolar Kanada yang terlihat mengukuh minggu lepas setelah data CPI, naik hanya sebentar sahaja dan kembali melemah setelah Fed meyakinkan pedagang untuk kembali membeli Dolar AS dengan isyarat kenaikan kadar.

Setelah USD/CAD disokong oleh sokongan dari carta harian minggu lepas, harga terus menaik dan berjaya menembusi rintangan paras harga 1.27110. Rintangan yang dilihat jauh minggu lepas dijadikan sokongan pada minggu ini. Kenaikan ini dijangka akan berterusan sekiranya tiada berita buruk dari AS.
Lebih