Fibi_Trader

Analisa Teknikal USDJPY H4

FX:USDJPY   Dolar A.S. / Yen Jepun
Secara keseluruhan, pasangan matawang ini masih lagi dalam keadaan trend menaik yang kuat. Walau bagaimanapun, harga kini sedang menguji aras rintangan harian di 107.90 di mana kita perlukan perhatikan sama ada harga berjaya memecahkan ataupun tidak. Saya menjangkakan yang harga akan akan membuat pembetulan (baca:retracement) ke aras Middle Bollinger band sebelum meneruskan perjalan menaik ke aras 108.57.

Harga masih lagi berada di atas indikator trend seperti MA 20 dan EMA 50, di masa menunjukkan trend positif ke atas. Indikator momentum juga seperti Stochastic dan MACD juga menunjukkan momentum positif.

Aras Rintangan - 107.90 , 108.60
Aras Sokongan - 106.74 , 105.88

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.