FauziSaham

USD/MYR menunjukkan momentum Bull yang lemah

FX_IDC:USDMYR   U.S. DOLLAR / MALAYSIAN RINGGIT
Cerita carta mingguan USD/MYR.

USD/MYR telah melakukan rebound sejak dua minggu lepas, tapi pada gambaran besarnya adakah ianya akan membawa kepada uptrend atau sekadar technical rebound?

Kali ini saya menggunakan dua peralatan untuk membantu saya mendapatkan gambaran besar pergerakan USD/MYR iaitu:

1) Dua Schiff Pitchfork
2) Directional Movement Index

Jika lihat pada Schiff Pitchfork besar, USD/MYR telah gagal sebanyak dua kali untuk menembasi Median Line (Hitam). Lihat di dua bulatan.

Jika dilihat pada DMI pula bermula April 2019, ADX(Merah) telah menunjukkan penurunan menandakan penurunan momentum sebelum Bull mula mengambil alih . Sehingga lah kini Bull mengambil alih tetapi ADX terus menerus menurun. Menceritakan Bull berkuasa dalam keadaan momentum yang lemah. Kini Bull menguasai namun ADX bawah paras 20 menunjukkan penguasaan yang sangat lemah.

Dengan melihat Schiff Pitchfork kecil, USD/MYR kini berada di Lower Quartile (Hijau). Sekiranya minggu hadapan price gagal melepasi Quartile ini dan ADX terus menunjukkan kelemahan (bawah 20), besar kemungkinan Bear akan kembali mengambil alih dan boleh membawa price ke Lower Quartile besar ~4.03, dan seterusnya tidak mustahil untuk terus turun ke Lower Parallel Line (Biru) besar ~3.90.

Di situ (Lower Parallel Line) kita lihat semula keadaan ekonomi semasa dari segi interest rate dan sebagainya, yang akan menentukan hala tuju harga seterusnya.

Dengan tambahan peralatan iaitu EMA 200 (Jingga) mengesahkan lagi besar kemungkinan USD/MYR akan menuju ke ~3.90.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.