TradingView
TraderRuncit
19 Mac 2021 pukul 17.18

Vis pembentukan wave ke 5 Panjang

VISDYNAMICS HOLDINGS BHDMYX

Huraian

Kaunter Vis menarik untuk diperhati semula setelah melakukan pullback atau corrective motion. Ada gabungan setup yg menarik untuk kaunter ini.

Kini telah memecah corrective channel dan membentuk candle confirmation. Harga semasa juga kita telah memecah MA50. Dan jika kekal diatasnya, akan mengekalkan momentum kenaikan uptrend. Dilihat juga MACD juga sudah hampir untuk cross. Sekiranya berjaya cross diatas 0 dikawasan bullish area, pullback ini sgt menarik dan mempunyai kekuatan untuk memulakan kenaikan kembali setelah pullback.

Untuk ichimoku pula, dapat dilihat bahawa candle terkini melakukan rebound diatas awan. Sekiranya bertahan dan tidak tembus kedalam awan, juga berkemungkinan besar akan memulakan fasa kenaikan .

Untuk EW pula, agak jelas kaunter ini kini sedang membentuk wave 4. Sekiranya confirm memecah corrective channel, akan meneruskan kenaikan untuk membentuk wave yg ke 5.

Inilah keseluruhan setup yg menarik dan boleh dikaji. Sila buat analisa tentang risk dan reward.

p/s : Sekadar ilustrasi penulis dan pelukis.
Lebih