jejaka_biz

27 SEPTEMBER 2021 | VITROX menguji syiling sekali lagi

MYX:VITROX   VITROX CORPORATION BHD
Komentar ringkas pandangan analisa teknikal peribadi VITROX carta semasa.
.
1. Berpandukan pada carta, harga sedang berada dalam zon rintangan. Kebarangkalian menguji harga untuk menanti breakout.
2. Sebelum itu, sambungan trend diteruskan setelah breakout corak carta ascending triangle di zon harga 15.000
3. Trend keseluruhan masih lagi uptrend dengan momentum bullish yang agak ketara disebabkan berlakunya Gap Up di zon 17.935.
4. Jika breakout dan bertahan atas paras zon 20.880 fasa penerusan bullish kebarangkalian akan aktif.
5. Masih lagi berhati hati jika terjadinya reversal pattern yang mana akan berlakunya perubahan trend.
6. Adakah berlaku sambungan uptrend atau berlakunya reversal? mari sama sama kita lihat dan kaji.
.
Selamat Berdagang.
.
*PENAFIAN : Keputusan pelaburan/dagangan di pasaran saham ataupun niaga hadapan melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan . Ilustrasi/Peringatan ini hanya sekadar perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu instrumen perdagangan. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.