bursathreesixty

VS haluan menyempit

MYX:VS   V.S INDUSTRY BHD
VS kelihatan diantara garisan rintangan dan sokongan. harga bakal membuat pembetulan sekiranya harga mampu melepasi dibawah garisan sokongan berpandukan kepada corak kepala dan bahu. corak wedge menurun bakal dipakai sekiranya harga mampu memecahkan garisan rintangan dan berada diatas R1 (1.110).

VS mencatatkan hasil yang baik pada Q4 Jul 22 sebanyak RM1,004,369,000 berbanding Q3 Apr 22 RM927,588,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM76,781,000. namun Keuntungan bersih berkurang Q4 Jul 22 RM 34,570,000 berkurang jika dibandingkan dengan Q3 Apr 22 RM51,294 ,000 mencatat perbezaan sebanyak RM16,724,000.

Pemegang saham utama bagi VS terdiri daripada KUMPULAN WANG PERSARAAN 7.39% sebanyak 282,027,712 unit saham yang bernialai 229.85M , diikuti BEH KIM LING 7.12% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 271,756,986 unit saham dengan nilai sebanyak 221.48M.

corak carta : kepala dan bahu, wedge menurun

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.