TradingView
muhammadzaim86
25 Ogs 2021 pukul 22.46

WASEONG, Lantunan ke garis rintangan semula ? 

Huraian

1. Kaunter ini dapat dilihat pada TFW atau TFM berada di dalam long term downtrend channel, tetapi peluang sentiasa ada jika dilihat pada pergerakan kenaikan harga yang pernah dicatatkan pada masa lepas.
2. Harga sekarang kelihatan baru sahaja daripada melantun di paras sokongan pada harga 0.570 sementara paras rintangan yang terhampir dapat dilihat pada harga 0.890.
3. Harga sekarang menghampiri 23.6% Fibo Retracement dan juga menghampiri garisan downtrend jangka pendek.
4. EMA5 telah menghampiri EMA20 dari bawah, lintasan ke atas akan memberikan pengesahan kepada perubahan trend sementara EMA 50, EMA100 dan EMA200 telah tersusun pada harga yang lebih tinggi untuk memberikan signal pembelian yang baik kepada para pelabur.
5. RSI telah berada di zon 50, dan jika berjaya kekal di atas zon 50, boleh menjadi pengesahan kepada perubahan trend. Garisan MACD juga telah melintasi garisan signal dan kenaikan ke atas garisan 0 akan juga menjadi pengesahan kepada perubahan trend.

#TPkeCL #kajiannewbie #kajianpicisan #sayabudakbarubelajar #TAYOR #bukanbuycall
Lebih