TradingView
naimmp98
18 Feb 2021 pukul 15.45

EMAS (Semakin Membimbangkan?) Panjang

GOLD / MALAYSIAN RINGGIT GRAMICE

Huraian

Emas sekarang berada di paras support terkuat iaitu pada sekitar harga RM 230/gram. Ini merupakan kali keempat emas turun ke paras ini sejak April 2020.

Pada pertengahan Julai 2020, emas telah berjaya melepasi harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai support terbaru. Kemudian, tidak lama selepas itu emas turun semula di bawah harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai resistance semula. Emas juga telah jatuh di bawah MA 200 menjadikan emas berada dalam keadaan downtrend.

Satu bentuk atau pattern yang yang menarik dapat diperhatikan dalam graf ini iaitu 'head and shoulders'. Pattern ini kebiasaannya mendorong harga untuk jatuh kebawah lagi. Adakah harga emas akan rebound semula atau akan jatuh dengan drastik?

Nota kaki:
* Support = Lantai. Kebiasaannya harga akan naik semula apabila turun sampai ke paras lantai ini.
* Resistance = Rintangan / Bumbung. Kebiasaannya harga akan turun semula apabila sampai ke paras rintangan ini.
* MA 200 = Moving Average 200. Purata pergerakan harga untuk 200 hari kebelakang. Kebiasaanya apabila harga berada di atas MA 200, harga dikira stabil dan menaik manakala apabila harga berada di bawah MA 200, harga dikira membimbangkan dan menurun.
* Downtrend = Harga menurun.
* Rebound = Melantun semula ke atas.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan dimana lantai menjadi rintangan / bumbung.
* Head and Shoulders = Kepala dan Bahu. Kebiasaanya bentuk ini menggambarkan bahawa harga akan menurun.
Komen
abharisali
Sangat informatif serta analisis yg detaill dan mudah faham. Tuan saya ingin bertanya bagaiman tuan buat segitiga beserta warna cyan tuh, boleh tuan kongsi?
naimmp98
@abharisali terima kasih tuan atas kesudian membaca.

Untuk segitiga tu, tuan boleh cari di bawah bahagian 'teks' iaitu bahagian corak XABCD. Selepas tuan klik di situ, banyak corak yang tersedia di situ. Saya gunakan 'head and shoulders' untuk buat segitiga tu.

Untuk warna cyan tu, tuan hanya perlu setting sahaja selepas masukkan corak tadi
abharisali
@naimmp98, terima kasih tuan, saya dah jumpa corak tersebut.
naimmp98
@abharisali sama²... Selamat mencuba 👍👍👍
Lebih