TradingView
rieduan
6 Jan 2019 pukul 22.21

XAUUSD - Harga Pasaran Telah Menyentuh Bearish Engulfing Zone 01 

Gold / U.S. DollarFOREX.com

Huraian



Berpandukan harga pasaran pada minggu lepas, harga pasaran telah menyentuh aras bawah julat zon 01 bearish engulfing dan membuat bayang melangkaui badan candlestick sebelumnya.Ini memberi petanda bahawa para penjual telah memasuki pasaran dan sedang menekan harga XAUUSD ke bawah. Tetapi jika diperhatikan secara lebih terperinci pada julat zone 02 bearish engulfing , julat harga zon tersebut mengalami pertindihan dengan aras fibonacci 23.60% dan julat harga zone 03 bertindih dengan aras fibonacci 5.00% .

Ini kerana pada julat harga tersebut berkemungkinan akan berlaku pembalikan harga secara drastik seandainya harga pasaran berjaya memecahkan julat harga zone bearish engulfing 01. Data - data asas yang akan dikeluarkan yang seandainya tidak memihak kepada pasaran XAUUSD akan menyebabkan harga akan jatuh secara menjunam ekoran daripada jumlah para penjual mengatasi para pembeli di dalam pasaran.

Pada minggu ada beberapa pengumuman tanpa data seperti FOMC Meeting Minutes & Fed Chairs Powell Speaks yang mana mungkin akan memberi kejutan pada pasaran.

Pemerhatian padajangka waktu lebih kecil akan memberi gambaran bagaimana harga bertindakbalas pada pengumuman tersebut.

Lebih