aihafizal.fx

5-APR-2019: GOLD Tidak menentu tapi nampak menarik

OANDA:XAUUSD   Emas Semerta / Dolar A.S.
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

XAUUSD

Analisa:
1. UTL telah berjaya dipecahkan.
2. MA sudah bersilang ke bawah dan harga berada dibawah MA merah.
3. MACD mula turun dibawah paras 0
4. RSI sudah berada di dalam zon downtrend dibawah 50

Jangkaan:
1. Secara keseluruhan, kita ingin melihat GOLD JATUH lebih dalam.
2. Namun perlu diambil perhatian, sekiranya dilihat dari perspektif carta garisan, pergerakan harga adalah sideways dan ingin mencari arah.
3. Jadi dengan mengambil kira factor ini kita boleh katakan garisan psycologi adalah pada (1295) dan (1285)
4. Jadi jangan gopoh dan perhatikan kawasan ini dengan teliti, gunakan TF 4H untuk melihat sekiranya ada signal2 yang boleh meyakinkan kita harga akan bergerak ke nombor2 yang disebutkan diatas.
5. HATI-HATI dengan news besar yang akan berlaku malam ini yang mana ianya akan menentukan halatuju keseluruhan harga pasaran di US iaitu NFP.

Strategi / trading plan:
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan intraday/short swing, saya lebih mengutamakan SELL, namun sekiranya terdapat pergerakan harga drastik ( Marubozu ) ke bawah saya akan open position terus untuk mengikut trend.
2. sekiranya harga naik keatas, saya akan cuba untuk sell (disarankan guna lot diantara 0.01 - 0.03 lot) pada paras 1295 dan meletakkan SL 300pip diatas (1298) ,Namun harus di ingat, nombor ini bergantung pada broker anda sendiri.
3. Sekiranya anda telah berada dalam keadaan untung jangan lupa alihkan SL anda ke mode SL+

Anda juga boleh follow saya di FB - BOKOJOZ TRADING IDEA
tinyurl.com/bokojozidea

BONUS

ada tak Nampak garisan biru/merah yang saya gunakan untuk tandakan support dan resistant tu
Agak-agaknya macam mana saya dapatkannya?

untuk follow tegar BOKOJOZ TRADING IDEA nah saya tempekkan sedikit, semoga bermanafaat.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.