Kalendar
Bagaimana menggunakan Kalendar Dividen?
Kalendar Dividen TradingView menunjukkan laporan dividen terkini dan akan datang yang dikeluarkan syarikat. Pedagang mengikuti dinamik dividen untuk menentukan jika saham syarikat akan membawa nilai kepada mereka, jadi adalah berguna untuk melihat statistik dividen penting dalam satu tempat untuk mampu melakukan keputusan lebih jelas.
Peristiwa kalendar disusun dalam urutan krionologi dan diletakkan dalam beberapa lajur asas. Yang pertama adalah nama syarikat, kemudian dalam yang kedua — jumlah dividen, tarikh tanpa dividen, tarikh pembayaran dan hasil dividen. Anda boleh menyusun jadual dengan menggunakan mana-mana statistik dividen.
Jika anda perlu lebih banyak penyesuaian, anda boleh memilih tempoh masa, negara dan zon masa untuk melihat laporan yang penting kepada strategi dagangan anda.
Anda boleh mengikuti hasil syarikat dengan lebih mendalam pada halaman simbol berkaitan. Jejaki hasil Microsoft, hasil Apple dan banyak lagi.
Soalan Lazim
- Dividen yang layak adalah dicukaikan pada kadar 0%, 15% atau 20%, bergantung kepada pendapatan bercukai dan status pemfailan. Itu adalah dividen biasa yang dibayar oleh syarikat AS atau syarikat asing yang layak dengan saham dipegang lebih daripada 60 hari dalam tempoh masa 121 hari sepanjang tarikh tanpa dividen.
- Dividen tidak layan (biasa) dicukaikan pada kadar cukai pendapatan biasa yang bermula dari 10% hingga 37%, bergantung kepada tahap pendapatan.
Menjejak tarikh tanpa dividen mungkin berguna kerana harga saham selalunya akan jatuh selepas ini — ini menunjukkan bahawa pemegang saham baharu tidak berhak kepada pembayaran dividen tersebut.