Walaupun tradingview sudah ada indicator untuk doji, tapi tidak memenuhi kehendak saya. Jadi, saya kongsikan cara saya menandakan doji di carta menggunakan pine script. Boleh tambah lagi indicator untuk filter kemunculuan doji, kalau nak lah.
Kita cuba gunakan kelebihan yang ada pada lebel.new untuk buat trading plan mudah berdasarkan kemunculan candle berbentuk doji.
Dah siap script untuk tandakan di carta, kali ini kita gunakan penyaring di tradingview untuk cuba cari sama seperti yanng kita tandakan. - kita akan cuba cari carta yang memenuhi syarat MACD + DOJI
Menunggu kemunculan doji tak semestinya di aras support dan resistance. Sepanjang pergerakan trend menaik atau menurun, akan ada doji yang muncul dalam pelbagai bentuk. Kali ini, kita cuba tandakan doji pada carta yang histogram macd dalam keadaan positif.
Proses menyaring baru langkah pertama. Langkah kedua, perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi minat belian. Bila muncul signal, barulah buat pelan dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu. Ulang proses yang sama. Semoga terhibur.
Ada satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut. Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik. Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi...
Bergantung pada minat dan kemahiran kita, mencari signal tidak semestinya ketika carta sedang naik sahaja. Setiap hari akan ada saja signal baru muncul. Kalau market turun, kita cari signal yang sesuai ketika market turun. Begitu juga kalau market secara keseluruhan naik, signal yang dicari sudah semestinya yang naik lah.
Doji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat. Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya. Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin...