Menggunakan fungsi PLOT dan CLOSE PRICE untuk membuat garisan dan bulatan yang berlainan warna. Di akhir video, saya tukar dari CLOSE PICE kepada nilai RSI.
Kalau dulu kita guna plotshape untuk dapatkan bentuk kotak. Kali ini saya gunakan fungsi plot dengan penggunaan column dan hist untuk bentuk kotak. Manakala warna berdasarkan 3 kriteria yang di pilih.
Dalam panel yang sama, kita tetap boleh plot pelbagai output yang memerlukan input berbeza. Saya buatkansedikit contoh sebagai panduan.
Dalam plot(), ada option untuk kita disable (nyahdayakan) setiap plot yang kita buat.
Saya guna pakai script yang sama dalam video (SIRI PINE SCRIPT - Label, garisan dan jarak dari harga semasa) untuk dapatkan harga tertinggi harian, mingguan dan bulanan.
Menggunakan script yang sama seperti 52 week high, saya ubah "W" kepada "M" untuk dapatkan harga tertinggi bulan lepas. Maafkan bunyi pon pon jual roti.
Kalau bosan dengan garis plot sedia ada, boleh cuba macam ni. Mudah dan tak perlu banyak kod.
Sementara menunggu market kembali mengaum, saya sambung lagi siri pine script. Kalau semalam kita buat garisan mendatar, kali ini kita buat garisan plot yang bentuknya seakan garisan moving average. Dan sedikit perbezaan diantara stail garisan, garisan putus dan garisan langkah serta hasilnya.