Sokongan dan Rintangan

Pendidikan dan Kajian

Sokongan dan Rintangan

Sokongan and Rintangan adalah satu teknik yang selalu digunakan untuk analisa teknikal yang berdasarkan kepada konsep yang senang difahami tetapi sukar untuk dikuasai. Ia mengenalpasti tahap harga dimana sebelum ini telah direkodkan harga telah bergerak samada secara terbalik atau bergerak lebih perlahan dan sekiranya melihat kepada kelakuan harga pada tahap-tahap ini, boleh mendapatkan petunjuk untuk meramalkan kelakuan harga pada masa hadapan. Ada pelbagai cara untuk mengenalpasti tahap-tahap ini dan menggunakannya dalam dagangan. Tahap Sokongan and Rintangan boleh dikenalpasti sebagai titik perubahan, kawasan kesesakan atau tahap psikologi (nilai pusingan yang pedagang anggap sebagai penting). Semakin tinggi jangkamasa, semakin relevan tahap-tahap ini kepada analisa.

Mencari titik yang terpenting untuk dianalisa adalah memerlukan kesungguhan pedagang. Ia muncul disebabkan adanya kemasukan tinggi pembeli dan penjual pada persimpangan utama. Keadaan dimana tahap-tahap ini bertukar fungsi antara sokongan dan rintangan akan digunakan untuk menentukan tahap pasaran, keterbalikan dagangan, lantunan dan titik pecah. Setiap pedagang mempunyai peraturan mereka tersendiri untuk masuk dan keluar dari pasaran. TradingView mempunyai alatan lukisan pintar yang membolehkan pengguna untuk mengenalpasti tahap-tahap ini secara visual di atas carta.
Paparkan lebih lanjut