Saya sambung video pagi tadi untuk menerangkan beza antara % perubahan dengan % perubahan 1j
Sangat tidak produktif kalau dah upgrade ke pelan berbayar dan ambil real time data, tapi tak gunakan sepenuhnya kelebihan screening di tradingview.
Secara ringkasnya , tujuan kita melihat time frame yang berbeza adalah untuk - melihat trend (higher timeframe) - mencari signal entry dan exit lebih awal (lower timeframe) Apa saja teknik yang kita belajar di carta daily, guna pakai konsep sama untuk semua timeframe.
Walaupun tidak sempurna sepenuhnya, janji ada dan boleh dibuat . Kalau ada yang tahu macamana nak selesaikan masalah dalam video di atas, mohon kongsikan bersama.
Boleh buat custom time frame kalau suka.
Mewarnakan latar belakang mengikut masa di carta intraday.
Teknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan gagal. Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian gagal. Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti. Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang paling penting - TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -
Dengan berpandukan garis 200 dan 50 , tak kisah samada MA atau EMA, kita boleh membuat anggaran tempoh masa pergerakan harga dari permulaan kenaikan sehinggalah dia mula kepenatan. Sebagai panduan, harga yang bergerak naik dalam sudut 45 darjah mengambil tempoh masa di antara 3 sehingga 6 bulan dan lebih. Saya tidak ada data lengkap untuk mengesahkan maklumat...
Tidak ada cara yang lebih mudah untuk kita mengulangkaji pergerakan saham selain dari membuat latihan berturut-turut. Disebabkan tradingview ada menyediakan carta luar negara, amatlah digalakkan untuk kita melihat, mengkaji dan menggunapakai segala ilmu yang kita ada pada carta2 mereka yang sentiasa aktif. Teknikal analisis tetap sama walau di mana saja tempoh...