VRTX: Kelemahan?Saham syraikat Vertex Pharmaceuticals dilihat bergerak menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Namun jika dilihat pada selang masa bulanan, pergerakan harga dilihat seakan menunjukkan beberapa tanda kelemahan
Lilin pada selang bulanan terkini dilihat telah membentuk lilin doji yang menunjukkan ketidaktentuan arah pergerakan harga
Lilin dagangan pada dua bulan sebelum itu juga dilihat seakan membentuk lilin 'hanging man'
Petunjuk volum dilihat semakin berkurang tatkala harga cuba membuat kenaikan sehingga ke paras tertinggi tahun sebelumnya
Petunjuk RSI bulanan dilihat seakan membentuk divergence jika dibandingkan dengan kedudukan harga di paras terkini
Harga dilihat seakan sedang cuba membuat pembentukan corak carta paras tinggi berganda jika diperhatikan sekilas pandang
Walaubagaimanapun selagimana harga belum membuat penurunan dan memecahkan sokongan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Idea komuniti
FBMKLCI dalam dilemaada banyak kemungkinan bagi indeks BURSA KLCI
1. tak pecah line hijau ema100 lagi - line hijau jadi resistant
2. dah memecah TAD purple tapi turun semula
3. ikut elliot wave akan turun dulu
4. tapi ada gap di atas
5. harga telah mencapai harga siling menurut indi gap
6. zon coklat telah wujud menandakan candle bakal turun
apa pun kita boleh consider indeks dah naik tinggi dan masa utk buat correction mungkin telah pun tiba
tunggu dan lihat
masa utk main guli kat tepi
utk bursa ni mmg kena bersangka buruk je
bursa bukan baik nau pun
AAPL (Antara Ambil Peluang @ Lepas)• Saham Apple (AAPL) adalah saham pendasar utama etf HLAL.
• Etf HLAL pula adalah aset utama portfolio US Stocks dan Very Aggressive (Wahed Invest).
• Pergerakan harga saham AAPL sangat memberi kesan kepada harga etf HLAL.
• Pergerakan harga etf HLAL sangat memberi kesan kepada nilai portfolio US Stocks dan Very Aggressive.
• Jadi, keputusan pelaburan dalam portfolio US Stocks dan Very Aggressive perlu diberatkan @ bias kepada saham AAPL dari sudut fundamental dan teknikal.
• Dari sudut fundamental, secara amnya syarikat Apple antara syarikat yang terbesar di dunia dari sudut perolehan (revenue).
• Permintaan kepada saham AAPL ini juga meningkat dari masa ke semasa. Kesannya, harga saham AAPL meningkat tinggi sehingga saham AAPL perlu di'split' harga sebanyak 5 kali sejak 1980 bagi membolehkan pelabur² bilis seperti kita mampu beli saham AAPL ini.
- Dari sudut teknikal, terkini harga saham AAPL dah jatuh sebanyak 30% daripada harga tertinggi (USD 182.94) dalam masa kurang 6 bulan dan sekarang masih berusaha untuk naik melebihi harga tertinggi.
• Selepas kejatuhan drastik ini, harga saham AAPL dilihat sekarang sedang membuat reversal dengan petunjuk:
i. Breakaway gap di atas dinamic SnR yang agak kuat bagi saham AAPL iaitu MA 200.
• Walaubagaimanapun, saham AAPL juga berpotensi untuk meneruskan kejatuhan lagi selepas ini dengan dua petunjuk:
i. Hidden Bearish Divergence yang berpotensi terbentuk. Ini memberi gambaran bahawa momentum pembelian yang kuat masih tidak mampu menaikkan harga kerana minat penjualan masih lebih kuat.
ii. Exhausting gap yang terbentuk setelah pembentukan leading diagonal.
• Penulis lebih memilih pendapat kedua iaitu saham AAPL masih lagi bearish dan belum tiba masa untuk reversal.
• Pendapat ini juga bersandarkan kepada bacaan² dan berita² terkini yang banyak menunjukkan bahawa pasaran saham global masih lagi dalam keadaan bearish.
Nota Kaki
• Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada bearish kepada bullish.
• Bearish = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
• Bullish = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
• Breakaway Gap = Gap permulaan trend.
• Exhausting Gap = Gap dihujung trend.
• Gap (Up) = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
• SnR = Support and Resistance.
• Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
• Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
• Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi oscillator menaik (higher high).
• Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER
⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan.
⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
PYPL: Ke Mana Halatuju?Saham syarikat PayPal dilihat bergerak dalam trend menurun sejak setahun dagangan yang lalu
Terkini pergerakan harga dilihat baharu sahaja memecahkan corak carta baji 'wedge' beberapa hari sebelum ini
Walaubagaimanapun, volum dilihat hanya berada di paras purata harian ketika harga memecahkan rintangan berkenaan
Harga dilihat masih perlu melepasi rintangan dinamik MA50 dan MA200 mingguan untuk kembali dalam trend menaik (tidak ditunjukkan)
Berkemungkinan kenaikan ini hanyalah lantunan teknikal jika dilihat pada RSI mingguan yang dilihat membuat 'divergence' (tidak ditunjukkan)
Namun, tidak mustahil juga hasil perolehan yang akan diumumkan akan menjadi pemangkin untuk harga kembali membuat kenaikan
Selagimana harga belum menunjukkan kekuatan kenaikan, adalah selamat untuk harga dikatakan masih cenderung meneruskan kejatuhan
Ke mana halatuju harga sebenarnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
KYM : BO DT Channel Dengan Volum
KYM Holdings Bhd., melalui anak syarikatnya, terlibat dalam pembuatan dan penjualan papan dan kotak gentian beralun. Syarikat itu juga mengeluarkan dan menjual beg tenunan industri, beg kertas industri berbilang dinding, dan kotak karton beralun. Di samping itu, ia terlibat dalam pelaburan dan pembangunan hartanah; operasi resort dan padang golf; pembinaan am; dan penyediaan kemudahan rekreasi dan sukan. KYM Holdings Bhd. berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Sektor: Produk Perindustrian, Pembungkusan, Bahan Pembungkusan, Produk & Perkhidmatan Perindustrian
Kod: 8362
Pandangan Teknikal :
1. Hari ni telah breakout DT channel dengan volum padu
2. Sejarah menunjukkan dengan kemasukan volum padu, akan adanya rally bagi kaunter ini
3. Harga mesti bertahan atas 0.570 untuk kekalkan momentum
4. Boleh monitor pergerakan harga seterusnya
KLCI - Petanda reversal?INDEX - Bursa Malaysia KLCI
Analisis idea :
Dari sudut teknikal/carta
1. KLCI dilihat BREAKOUT paras SBR (support become resistance) pada paras index 1458
2. KLCI dilihat menarik sekiranya berjaya menembusi paras index 1477.
3. Indikator RSI menunjukkan momentum KLCI semakin kuat apabila berada atas aras RSI 50
4. Volume belian mulai masuk apabila tekanan jualan kembali reda.
TAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
ECOWLD terus?1. ECOWLD membuat pembetulan harga setelah membuat jatuhan di bawah garisan leher bagi corak kepala dan bahu
2. Harga menghampiri kepada 78.6% garisan fibo dan garisan sokongan menaik
3. penjualan masih menguasai ECOWLD berpandaukan kepada indikator AO berada dibawah paras 0
corak carta : Fibo, AO, kepala dan bahu
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
JETSON : Rising wedge BO
Kumpulan Jetson Berhad, melalui anak syarikatnya, terlibat dalam pembinaan dan pembangunan hartanah terutamanya di Malaysia. Ia terlibat dalam reka bentuk dan pembinaan kerja pembinaan awam; kerja-kerja bangunan am; kerja-kerja dalaman, pengubahsuaian dan pemulihan; dan kerja-kerja peringatan, muzium dan galeri, serta pembangunan hartanah. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan pengurusan asrama. Selain itu, Kumpulan Jetson mengeluarkan dan memperdagangkan produk getah, acuan dan alatan, pelekat, pengedap dan produk silikon. Selanjutnya, ia terlibat dalam perdagangan bahan binaan; pembuatan dan pembaikan acuan dan alatan; pembuatan dan penjualan acuan elastomer, termoplastik, set termo dan produk pembungkusan plastik. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1977 dan berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Sektor: Alat Ganti Kenderaan, Produk & Perkhidmatan Perindustrian, Stok Penny
Pandangan Teknikal :
1. Breakout corak Rising wedge
2. Kemunculan doji pada hari ini
3. Harga mesti bertahan atas 0.245
4. Boleh monitor pergerakan harga seterusnya
NMM: Tiga Puncak?Navios Maritime Partners dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang mingguan dilihat seakan membentuk corak carta tiga paras tinggi 'triple top'
Petunjuk volum juga dilihat semakin berkurang daripada satu minggu ke minggu seterusnya
Petunjuk RSI mingguan dilihat semakin menurun tidak selari dengan pergerakan harga ketika ia membentuk puncak baharu
Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagimana harga belum memecahkan sokongan corak carta berkenaan
Tidak mustahil juga untuk harga terus bergerak mendatar membatalkan pembentukan corak carta berkenaan
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
EMAS masih dalam saluran downtrend1. Resistance R1 pada 1881 dan R2 pada 1791.
2. Support S1 pada 1675 dan S2 pada 1554.
3. MACD menunjukkan bearish momentum berkurangan.
4. S1 merupakan paras terendah yang terbentuk pada Aug 2021.
5. S1 telah menjadi paras yang kukuh sejak Mar 2021.
6. Stoch berada di zon oversold.
7. Jika candle dapat stay di atas S1 maka ada kemungkinan reverse dan menjadi bullish.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
BSTEAD- Menarik untuk diperhatikanSektor - Plantation , Pharmacy
INFO CARTA
1. Corak carta double bottom terbentuk
2. Menarik sekiranya harga sustain atas 0.84
3. Volume belian melebihi purata belian 20 hari.
4. Bertapak di atas sokongan RBS (Resistance become support) pada tanda harga 0.81
CUTLOSS- Jika paras harga tutup di bawah support 0.81
PENAFIAN- Penulisan ini tujuan untuk pembelajaran semata-mata. Tiada istilah BUY CALL diberikan.TRADE ON YOUR RISK
LGMSjom tengok nak ke atas ke ke bawah
tapi overbought
SOP Entry:
1. Di atas line sma / ema 200/150
2. Di atas awan ichimoku
3. Membuat retracement di Sma / Ema 200 atau 50 atau 20
4. Perhatikan bentuk pullback candle pattern
5. Break minor support with volume more than last 3 days.
6. Lagi cantik ada break chart pattern.
target 10%-20% dalam 2 minggu,
2minggu tak jadi, cari idea lain
CFM : CUBAAN MELEPASI RESISTANCE
Computer Forms (Malaysia) Berhad terlibat dalam percetakan dan pengedaran borang komputer, borang stok dan borang khusus terutamanya di Malaysia. Syarikat juga mencetak dan mengedarkan borang keselamatan yang digunakan terutamanya dalam transaksi bank; borang helaian; sampul surat berterusan; gulungan kertas; Borang OMR/OCR, digunakan oleh lembaga peperiksaan untuk menggred pelajar mereka; slip caj, digunakan semasa pembelian dengan kad kredit; dan juga pelekat.Selain itu, ia mencetak buku latihan dan majalah, bahan pembungkusan; dan menyediakan pengurusan data atau maklumat, percetakan digital, borang sampul atau pengedap, dan perkhidmatan mel. Syarikat itu telah diperbadankan pada tahun 1961 sebagai Syarikat Pembuatan Biskut Malaya Sdn Bhd dan menukar namanya kepada Borang Komputer (Malaysia) Berhad pada tahun 1971. Borang Komputer (Malaysia) Berhad berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Sektor: Produk Perindustrian, Perkhidmatan Perindustrian, Produk & Perkhidmatan Perindustrian
Pendaftar Saham: SECTRARS MANAGEMENT SDN BHD
Kod: 8044
Pandangan Teknikal :
1. Rebound area RBS pada hari ni
2. Kemasukan volume yang agak ketara
3. Cubaan BO resistance terdekat
4. Boleh monitor pergerakan harga seterusnya
Binacom Membuat Corak Bullish Descending Channel?Kaunter: Binacom
Sektor: Telekomunikasi/5G
Binacom dilihat membuat corak bentuk descending channel.
Harga perlu melepasi upper descending channel iaitu melepasi 240 untuk kenaikan unjuran positif (bullish pattern)
Sasaran swing unjuran 1 = 280
Sasaran swing unjuran 2 = 330
SL = 215
Lilin ditutup bullish morubozu tanda-tanda awal kaunter mula membuat pembalikan harga ke atas.
Kolam GBS SMI+ (fasa pengumpulan) dilihat sudah siap, sedia membuat unjuran ke atas.
Stochrsi biru bersilang ke atas merah (bullish signal)
Macd persilangan meas berlaku biru bersilang ke atas merah (bullish signal)
AO menunjukan histogram hijau (bullish)
Ema 5 telah bersilang ke atas ema 10 (short term bullish trending)
Namun lilin belum berjaya melepasi ma20 (mid BB) di atas 230 (harga perlu melepasi mid BB dan bertahan di atas mid BB untuk 'strong bullish trend', lilin perlu tutup di atas mid BB.
RSI masih di bawah 50 (rsi perlu di atas 50 untuk bullish momentum)
CP = 235
S= 230
SL= 215
R= 260/280/310/340 (TP 1 bid di bawah R)
Sekadar kajian bagi tujuan pembelajaran. #TAYOR
HARNLEN - Mod SidewaySektor: Plantation
Perniagaan - Produk berasaskan sawit
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- HARNLEN dilihat dalam keadaan mod sideway dan jelas paras harga bermain dalam kotak base.
- HARNLEN dilihat menarik sekiranya breakout kotak base (1.28).
- HARNLEN masih dalam keadaan major tren menaik apabila paras harga masih di atas garisan menaik.
#TAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
SFPTECH : Bullish pennant?SFPTECH : Paten bendera cantik
SFP Tech Holdings Berhad, sebuah syarikat pemegangan pelaburan, terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan kepada anak-anak syarikatnya. Syarikat dan anak syarikatnya pada dasarnya merupakan penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan bagi fabrikasi logam kepingan, pemesinan CNC dan perkhidmatan pemasangan mekanikal dengan penyelesaian peralatan automasi yang akhirnya menyediakan penyelesaian persediaan kilang bersepadu tersuai. Ia menggunakan pelbagai proses fabrikasi yang bekerja dengan logam seperti pemotongan, lenturan, dan kimpalan; proses pemesinan seperti pengilangan, pemusingan, pengisaran permukaan, pemotongan EDM, serta proses lain seperti deburring dan penggilap untuk menghasilkan produk logam perantaraan, daripada bahagian kepingan logam kepada komponen mesin ketepatan. Syarikat itu menyediakan perkhidmatan pemasangan mekanikal untuk sub-modul dan pemasangan penuh, yang mana ia memasang produk logam perantaraan ke dalam casis logam, bingkai, struktur dan penutup, mengikut reka bentuk dan spesifikasi pelanggannya. Selain itu, ia juga menyediakan penyelesaian peralatan automatik daripada mereka bentuk, memasang dan mentauliahkan peralatan automatik dan sistem barisan pengeluaran yang terdiri daripada pelbagai jenis peralatan automatik untuk proses pembuatan pelanggannya. Teknologi SFP telah diperbadankan pada tahun 2012 dan beribu pejabat di Pulau Pinang, Malaysia.
Sektor: Teknologi, Semikonduktor, Automasi, ATE
Kod: 0251
Teknikal Review
1. IPO yang listing minggu lepas dengan kenaikan lebih
100%
2. Berada dalam fasa rehat, membentuk flag patern
3. Sekiranya harga boleh pecah paten ini amat menarik
sekali
Mahsing Candle Validation Telah Berlaku Peluang Naik Membuat HH?Kaunter: Mahsing
Sektor: Harta benda/perumahan
Candle sudah berjaya validate..harga berjaya melepasi ranging box,harga naik atas 585
Harga SL adalah pada pembukaan cs morubozu 560
BO ranging box : 585
CP: 590
R: 605,635,660,675,690,725
Tempoh masa 1 hari:
Harga berjaya melepasi ema 5
ema 5 sedikit lagi akan bersilang ke atas ema 10 (sesuai untuk short term trading)
Harga keseluruhan masih downtrend di bawah ema20,50,100 & sma 200 (belum sesuai untuk swing)
Tetapi carta tampak sedang cuba membuat reversal up. Boleh cari peluang masuk sekiranya ada volum spike!
Tempoh masa 15minit:
Kesemua GBS oscilator, garisan ema & ma menunjukkan bullish trend ..harga berjaya melepasi sma 200 dan bertahan di atas 580. Dijangkakan untuk intraday,smtm,short term trade harga akan naik (arah aliran positif menaik,momentum yang kuat)
Gann Support: 0.57/0.53 | Resistance: 0.61/0.65
Sekadar kajian untuk tujuan pembelajaran sahaja. #tayor
BSTEAD gagal stay atas Garisan Uptrend1. Resistance R1 pada 0.765.
2. Support S1 pada 0.705 dan S2 pada 0.67.
3. Stoch berada di zon oversold.
4. VPVR menunjukkan pembelian tinggi berlaku di 0.76.
5. SmartMCDX menunjukkan big money ada sikit.
6. Volume bawah daily average.
7. Pada 23 Jun candle gagal stay atas garisan uptrend dan retrace.
8. Candle mungkin akan berada di sideway sementara.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
ROHAS : ADA MOMENTUM?
Rohas Tecnic Berhad dan anak-anak syarikatnya (Kumpulan RTB), sebelum ini dikenali sebagai Tecnic Group Berhad, ialah kumpulan yang berpangkalan di Malaysia yang terlibat dalam pasaran infrastruktur utiliti serantau terutamanya dalam Tenaga & Tenaga, Telekomunikasi dan Air & Kumbahan. Kumpulan RTB ialah peneraju pasaran dalam pembuatan menara kekisi keluli dan monopole untuk penghantaran kuasa dan telekomunikasi di Malaysia serta dalam penyediaan penyelesaian siap guna penuh dalam projek Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) di Malaysia dan negara lain. di rantau ini.
Sektor: Saham Penny, 5G, Kejuruteraan Industri, Produk & Perkhidmatan Perindustrian
Kod: 9741
Teknikal Review
1. Dalam fasa mini uptrend (ada HH HL)
2. Sekarang juga telah melepasi support lama 0.300
3. Sekiranya harga boleh sustain di atas harga ini,
potensi untuk capai Resistance 0.335 adalah tinggi
Psikologi Prestasi Dagangan: Bahagian 1Semakin tinggi kesukaran, semakin besar kepuasan dalam mencapainya. Juruterbang yang mahir menaikkan reputasi mereka melalui ribut dan taufan.
- Epictetus.
Hai semua! 👋
Pada minggu ini, kami fikir ianya adalah menarik untuk menyentuh mengenai satu topik yang kurang diperkatakan: psikologi prestasi - dan membincangkan mengenai hubung kaitnya dengan Dagangan. Secara khususnya, kami akan melihat kepada persoalan ini: Apakah yang sebenarnya memacu prestasi cemerlang dari seorang pedagang dari pedagang yang lain?
Dari satu sudut pandangan proses, ada banyak perkara-perkara yang boleh diambil oleh pedagang-pedagang berwawasan dari disiplin-disiplin prestasi lain (contohnya sukan) untuk lebih memahami langkah-langkah penting dalam mencapai apa yang diimpikan. Jom mula!
Masa adalah elemen biasa untuk kepakaran ⏰
Kepakaran memerlukan masa untuk dibina. Permulaannya menerusi penerokaan, kemudian pembinaan ilmu, dan latihan yang disusun dengan baik.
Untuk melaburkan satu jangka masa dan usaha yang besar untuk mencapai kepakaran, seseorang individu selalunya mempunyai ikatan emosi dengan bidang itu, sekaligus mencipta satu hubungan jangka panjang.
Yang selalu kelihatan di dalam hampir semua pedagang-pedagang berprestasi sangat tinggi adalah wujudnya satu kecintaan yang mendalam kepada berdagang itu sendiri. Ini bermaksud satu kecintaan kepada menganalisa carta-carta, membuat strategi-strategi, memerhatikan pasaran, dan cuba untuk menyusun setiap cebisan bersama-sama di dalam minda mereka. Di dalam ruang lingkup ini - Berdagang bukanlah satu pekerjaan, ia adalah KEMAHIRAN . Jika anda hanya menyukai status, gaya hidup atau pendapatan, berkemungkinan anda tidak akan mencapai ketinggian sebenar di dalamnya. Pedagang-pedagang berprestasi tertinggi menghabiskan berjam-jam masa berusaha dalam dagangan mereka; bukan kerana mereka MAHU, tetapi kerana mereka MENYINTAI nya.
Mencari satu nic ❤️
Yang terhebat tidak menjadi hebat disebabkan mereka bekerja keras; mereka bekerja keras kerana mereka menjumpai satu nic yang bagus: satu bidang yang menyerlahkan bakat, minat dan imaginasi mereka. Pelempar bola besbol terbaik di dunia mungkin boleh menjadi seorang pemukul bola yang teruk.
Jika anda masih awal di dalam perjalanan anda (atau masih sesat), boleh dipertimbangkan untuk mencari satu nic yang anda sehati sejiwa dengannya. Satu kepentingan yang besar diletakkan pada nic-nic di dalam pekerjaan-pekerjaan lain dan institusi-institusi di dalam bidang kewangan, dengan hospital-hospital dan bank-bank mempunyai program-program penggiliran untuk mendedahkan pekerja-pekerja baru kepada pengalaman-pengalaman berbeza.
Kenapa tidak pedagang-pedagang individu melakukan ini juga? Satu cara yang bagus untuk memusatkan pemikiran anda ialah dengan membina satu program penggiliran untuk diri anda. Di sini ada satu senarai untuk kelas-kelas aset & gaya-gaya dagangan paling popular. Google setiapnya, atau cari idea-idea di sini di TradingView, dan lihat yang manakah yang paling bersesuaian dengan anda. Letakkan diri anda untuk kepakaran jangka panjang dengan mencari sesuatu yang anda minat melakukan siang dan malam.
Kelas-kelas Aset Cair:
-Saham
-Mata Wang
-Mata Wang Kripto
-Pasaran Hadapan
-Pendapatan Tetap
-Ketidakstabilan
Gaya (Rangka Masa):
-Intrahari - masa pegangan adalah dari saat ke jam
-Ayunan - masa pegangan adalah dari hari ke minggu
-Posisi - masa pegangan adalah dari minggu ke bulan
Gaya pegangan manakah yang sesuai dengan anda? Apakah topik yang anda berminat untuk mempelajari?
Proses Pembelajaran ✅
Di dalam berdagang dan di dalam kehidupan, kita selalu mendengar pernyataan "Kemahiran datang dari latihan". Pernyataan yang lebih tepat mungkin adalah "Kemahiran datang dari latihan yang sempurna". Bagaimana masa latihan disusun itulah yang membezakan di antara seorang yang cemerlang yang mempunyai pengalaman lima tahun dengan seorang yang mempunyai pengalaman satu tahun yang diulang sebanyak lima kali. Jadi, bagaimanakah anda patut menyusun latihan anda?
Di dalam psikologi prestasi, ada satu konsep yang dikenali sebagai "gelung pembelajaran". Ia mempunyai tiga bahagian.
Prestasi -> Maklum balas -> Pembelajaran (diulangi).
Perkara ini adalah penting, kerana maklum balas adalah kunci kepada kemajuan. Berdagang adalah satu sukan solo, yang bermaksud mengenalpasti bagaimana untuk menubuhkan satu proses maklum balas yang membenarkan muhasabah diri adalah sangat kritikal.
P/L adalah maklum balas, tetapi ia boleh menjadi satu masalah jika hanya menggunakannya sebagai satu-satunya mekanisma maklum balas. Pedagang terbaik yang melaksanakan dagangan terbaik juga masih boleh tidak berjaya dalam hari-hari tertentu. Proses adalah raja. Dapatkan maklum balas daripada prestasi anda yang tidak berkaitan dengan P/L supaya anda boleh menjejak input kepada proses membuat keputusan anda. Ada pedagang yang mengambil banyak nota, ada yang merekodkan skrin mereka dan ada yang merekodkan titik-titik data yang tidak berkaitan dengan P/L (jumlah masa tidur, penghidratan, mood dll).
(kami mempunyai satu ciri nota-nota dibina ke dalam carta yang anda boleh gunakan untuk tujuan ini.)
Jika anda mengumpulkan semua perkara-perkara ini untuk mencipta satu rangka tindakan jangka panjang untuk membina kepakaran, ia sepatutnya kelihatan seperti ini:
1.) Cari apa yang anda betul-betul sukakan mengenai dagangan
2.) Terokainya dengan lebih mendalam
3.) Kekal dengannya sepanjang masa dan benarkan keseronokan dalam diri anda memotivasikan anda sepanjang perjalanan naik dan turun
4.) Strukturkan prestasi anda sepanjang masa itu dalam satu cara yang anda boleh keluarkan maklum balas untuk diri anda
5.) Masukkan maklum balas itu untuk sentiasa menaiktaraf proses anda. Jadikan gelung-gelung pembelajaran menjadi enjin anda untuk prestasi jangka panjang.
Harap anda seronok membaca ini dan jaga keselamatan anda!
- Pasukan TradingView
KLCI - Gagal menembusi rintanganNDEX - Bursa Malaysia KLCI
Analisis idea :
Dari sudut teknikal/carta
1. KLCI dilihat gagal menembusi paras SBR (Support sebagai rintangan) / Neckline pada paras index 1482
2. KLCI dilihat bertahan di aras fibo 61.8% pada paras index 1454.
3. Indikator RSI menunjukkan KLCI masih dalam keadaan melemah berada di aras RSI 30
Dari sudut cataylst
1. Faktor Mata Wang Ringgit yang melemah
2. Bilangan kes Covid di Shanghai kembali mencanak
3. Politik Malaysia yang tidak stabil
4. Perang Dunia Russia dan Ukranie
5. Krisis Global Makanan yang meruncing.
TAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
fcpo- cubaan untuk membullish , 50/50 ? NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
1.10 jun sudah break minor UTL nya dengan significant bear candle nya
2.semenjak dari itu hampir seminggu tanpa belas kasihan ,terus membelasah
market (tahniah untuk seller) dengan bearish tanpa ada sedikit pullback di small
time frame ( kebingungan pada trader bilisan) ." Market Bukan Kita Punya" kata2
untuk sedapkan hati ......sebenarnya salah kita yang tak mahu belajar
malas buat kajian mendalam .(self reminder)
3.tanpa mengambil kira kehadiran bandmate KidDin Search bersama suara husky
Denden Gonzales untuk lagu TEGUH , market terus bearish ..pun begitu
jika lower nya di minggu ini kekal di 5353 hingga minggu depan , berkemungkinan
besar itulah mapping nya seperti di atas.Jika lower bertukar kena recount
semulala nampaknya.
*bak kata sorang rakan chartist wanita "if you really know about TA, why must close
your eye to see that bearish pattern (small TF) in everywhere at cpo chart"...
*Charlie Munger ada berkata. The big money is not in the buying and selling. But in
the waiting...
*untuk minggu yang mendatang:
*boleh kaji sambil mencari peluang jika kena dengan kajian masing2
*trading plan harus ada sebelum membuat sebarang keputusan
*bolehlah dikaji bersama
* panjang sikit untuk posting ini kerana FCPO didadaku ...eheh
#ItuSajaMasaYangKitaAdaBuatKaliINI
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
Bagaimana untuk gagal sebagai seorang pedagangHai Semua! 👋
Beberapa minggu lepas, kami telah melihat pada beberapa cara terbaik untuk memperbaiki dagangan anda, termasuk belajar untuk menyesuaikan diri kepada keadaan pasaran , membina satu minda dagangan yang betul , dan banyak lagi. Hari ini, kami fikir ia akan jadi menyeronokkan untuk melakukan perkara yang sebaliknya. Selain dari cuba membantu komuniti membina latihan-latihan yang kukuh dan profesional - mari kita cuba membina satu pedagang yang gagal dari bawah ke atas! Apakah ciri-ciri/keputusan yang akan kita ada untuk menggalakkan seseorang mendapatkan satu hasil yang gagal?
Secara teorinya, pasaran adalah hanyalah satu permainan kebarangkalian. Bagaimanakah kita boleh menjamin pedagang kita akan gagal? Seperti yang berlaku, ada beberapa perlakuan mudah yang kita boleh gabungkan untuk memastikan satu keputusan kegagalan adalah satu kesimpulan yang dapat diramalkan.
Nombor 1: Mereka tidak pernah menentukan risiko 🤷🏼♂️
Di dalam dagangan, orang-orang selalunya mengatakan mengenai perkara-perkara tentang "Pengurusan risiko", "Menentukan risiko anda" atau "Menentukan di mana anda keluar", tetapi ia kadang-kadang boleh menjadi sukar untuk ditentukan, sebagai seorang pedagang baru, apakah yang orang-orang cakap ni. Menentukan risiko saya? Bagaimana? Apa yang kamu cakap ni? Apa maksudnya?
Secara mudahnya, menentukan risiko anda adalah satu proses mengetahui *di mana* kesalahan anda di dalam satu dagangan/pelaburan.
Untuk pedagang aktif, ia boleh menjadi semudah memilih satu ketinggian atau kerendahan baru, dan berkata "Jika harga ini kena, kemudian saya akan keluar dari dagangan. Bacaan jangka pendek yang saya dapat pada aset ini tidak lagi sah. Saya tidak rasa saya tau apa akan terjadi selepas ini." Untuk seseorang yang lebih kepada pedagang posisi, ia boleh jadi semudah mengatakan "Saya tidak mahu rugi lebih daripada 10% (atau beberapa peratus) dari modal saya pada mana-mana titik apabila saya berada dalam posisi ini. Saya rasa saya telah memilih masukan saya dengan cukup baik yang mana satu kejatuhan 10% (atau x%) akan bermaksud bahawa, untuk alasan-alasan tertentu, pemikiran saya adalah tidak lagi sah."
Dari satu perspektif pengurusan tunai/portfolio, menentukan risiko anda mempunyai dimensi yang lain: Berapakah jumlah modal yang anda mahu berpotensi untuk rugi di dalam satu senario terburuk? Patutkah setiap dagangan merisikokan 50% daripada modal anda? 20%? 5%? 1%? Berapa banyak jumlah terkumpul wang anda yang anda akan hilang sebelum anda berhenti?
Untuk memastikan bahawa kita mempunyai seorang pedagang yang gagal, ianya penting yang mereka tidak mempunyai satu pelan untuk saiz posisi, menetapkan renti rugi, atau menetapkan renti rugi untuk akaun. Dengan cara ini, mereka tidak akan mempunyai apa-apa ketekalan dan akhirnya akan mengambil beberapa kerugian besar yang akan menendang mereka keluar dari permainan ini selama-lamanya.
Nombor 2: Mereka menggunakan banyak keumpilan 🍋
Apabila digabungkan dengan Nombor 1, menggunakan banyak keumpilan adalah satu cara bagus untuk mempercepatkan proses kehilangan wang. Dengan satu strategi yang menang 50% sepanjang masa akan secara statistiknya menghadapi satu 7 kerugian dagangan berturut-turut di dalam 100 dagangan akan datang, menambahkan saiz dan menggunakan keumpilan adalah satu cara bagus untuk memastikan bahawa apabila satu keadaan buruk berlaku, anda hilang semua modal anda. Membiarkan dagangan terjadi lebih daripada banyak mana anda jangkakan akan rugi adalah satu cara bagus untuk mempercepatkan proses ini, kerana dengan penambahan keumpilan, ia hanya memerlukan untuk melawan anda sebanyak 50%, 20%, 10%, dll, sebelum anda hilang semuanya. Anda tidak boleh merisikokan ke kosong.
Dengan mengira bahawa kebanyakan dana lindung nilai paling agresif di dunia selalunya tidak menggunakan keumpilan lebih dari 5-8x, walaupun dalam dagangan FX, kita akan memerlukan pedagang gagal kita untuk menggunakan paling kurang 10-20x keumpilan untuk mempercepatkan kemusnahan mereka.
Nombor 3: Mereka melompat dari strategi ke strategi 🐰
Bruce Lee pernah berkata, “Saya takut bukannya pada lelaki yang telah berlatih 10,000 tendangan sekali, tetapi saya takut lelaki yang telah berlatih satu tendangan 10,000 kali.”
Dalam contoh ini, kekal dengan satu strategi, walaupun ianya kurang optimum, adalah lelaki yang telah berlatih satu tendangan banyak kali. Pedagang yang strateginya melompat-lompat adalah seorang yang telah mencuba hampir semua tendangan yang ada di luar sana, tetapi tidak menguasai satu pun. Untuk memastikan pedagang kita adalah seorang pedagang yang gagal, kita hendaklah mestikan mereka tidak pernah menguasai apa-apa dan kekal bertukar dari satu strategi ke satu strategi. Kita perlu megumpan satu strategi, penunjuk, atau gaya dagangan baru secara konsisten di depan muka pedagang kita. Jadi, tidak kira strategi apapun yang pedagang itu pilih, mereka akan kekurangan jam yang perlu untuk mendapatkan apa-apa kecuali perlaksanaan dagangan yang kurang optimum, rasa pasaran keseluruhan yang lemah, dan satu kekurangan nuansa dan pemahaman secara umum.
Gabungkan dengan nombor 1 dan nombor 2, ia adalah hampir mustahil untuk pedagang ini memperolehi keuntungan.
--
Jadi, itu dia; 3 cara untuk memastikan pedagang akan gagal. Cam salah satu daripada mereka?
Harapan kami dengan menulis ini adalah bukan untuk mematahkan semangat sesiapa daripada memasuki pasaran, tetapi lebih kepada untuk memberikan pemahaman pada beberapa tabiat buruk yang kita boleh buat apabila baru bermula. Mengelakkan kesilapan-kesilapan orang baru dan amalan buruk yang boleh membantutkan kerjaya sebagai seorang pedagang & mencipta tabiat buruk - no bueno! Beritahu kami jika anda menyukai ini, dan kami akan sentiasa melakukan lebih banyak catatan seperti ini yang melalui beberapa "amalan-amalan bagus" dagangan.
Selamat berhujung minggu!
-Pasukan TradingView ❤️