Ramalan dan Analisis

Komoditi Tenaga

Komoditi tenaga adalah komoditi keras yang biasanya dilombong atau diekstrakkan.Komoditi tenaga adalah termasuk bahan api fosil seperti Arang, Minyak(dalam beberapa jenis dan gred) dan Gas Asli. Harga komoditi ini adalah antara penunjuk ekonomi yang paling kerap diperhatikan oleh pedagang, ahli ekonomi, kerajaan dan ahli perniagaan disebabkan oleh perhubungan rapat antara pertumbuhan ekonomi dan penggunaan tenaga. Harga komoditi akan dijejaskan oleh keadaan ekonomi global, jumlah pengeluaran dan status tenaga hijau. Harga komoditi tenaga menjejaskan harga komoditi lain sebab komoditi lain akan memerlukan tenaga untuk penghasilan.

Komoditi tenaga digunakan dalam applikasi perindustrian dan mereka menggalakkan inflasi, jadi mereka merupakan lindung nilai berkesan terhadap inflasi. Anda boleh berdagang atau melabur dalam komoditi tenaga melalui kontrak masa depan, pilihan, dana perdagangan bursa dan saham syarikat yang terlibat dalam sektor tenaga. Minyak adalah komoditi yang paling banyak didagangkan secara global dan bilik perbualana Minyak merupakan salah satu perbualan yang paling terkenal di TradingView. Kita juga mempunyai bilik perbualan Gas Asli yang aktif di mana pedagang akan berbincang trend pasaran untuk gas asli.
Tunjuk lebih banyak idea