Ramalan dan Analisis

Fibonacci

Fibonacci adalah seorang ahli matematik Itali yang telah membuat kajian mengenai nombor Fibonacci. Nombor-nombor ini adalah sangat popular untuk penganalisa teknikal yang melakukan dagangan di dalam pasaran kewangan kerana ia boleh diaplikasikan kepada apa-apa jangkamasa. Tahap paling biasa untuk Fibonacci adalah tahap anjakan dan tahap sambungan. Tahap anjakan Fibonacci menunjukkan tahap di mana harga akan mengalami penganjakan sebelum menyambung semula arah aliran. Ia adalah suatu kiraan mudah pembahagian antara jarak menegak di antara harga terendah yang bererti atau harga tertinggi yang bererti (atau sebaliknya) kepada bahagian-bahagian yang berdasarkan kepada ratio utama 23.6%, 38.2%, 50% and 61.8%.

Harga akan selalunya kembali ke tahap sebelumnya sebelum melakukan semula penerusan arah aliran terdahulu. Tahap sambungan Fibonacci memberikan maklumat mengenai paras dimana harga boleh mencapai selepas adanya ayunan dan anjakan. TradingView mempunyai alatan lukisan pintar untuk Fibonacci retracements dan satu lagi untuk Fibonacci extensions yang membolehkan pengguna untuk mengenalpasti tahap-tahap ini secara visual di atas carta. Kedua-dua alatan ini boleh ditukar mengikut keperluan dan tahapnya boleh ditukar atau ditambah.