Kipas Gann

Idea Dagangan 52
Idea Pendidikan 1

Ramalan dan Analisis

Kipas Gann

Kipas Gann ialah alat analisis teknikal yang dicipta oleh WD Gann. Alatan ini terdiri daripada 9 garisan pepenjuru (yang dipanjangkan tanpa had) direka untuk menunjukan tahap sokongan dan rintangan yang berbeza di atas carta. Sudut-sudut ini -dilukis daripada puncak atas dan bawah- membahagikan masa dan harga secara berkadaran dan sering digunakan untuk menjangka kawasan sokongan dan rintangan, kekunci atas dan bawah serta pergerakan harga di masa depan. Sila pastikan carta diskalakan dengan betul untuk memastikan pasaran mempunyai perkaitan yang sama.

Kaedah ini didasarkan daripada tanggapan bahawa pasaran berputar dari sudut ke sudut dan apabila sudut dipecahkan, harga bergerak ke sudut yang seterusnya. Sudut yang paling mesti diberikan perhatian adalah 1x1 atau sudut 45°, yang menjelaskan satu unit harga untuk satu unit masa. Satu perubahan arah harga adalah dijangka apabila pasaran mencapai unit persamaan masa dan harga, atas dan bawah. Semasa trend menaik, jika harga kekal di atas sudut yang menaik, pasaran dianggap bullish dan sebaliknya. TradingView menyediakan alatan pintar yang membolehkan pengguna untuk melukis sehingga 9 sudut yang boleh diubah di carta.
Tunjuk lebih banyak idea
1
23
1
23