KGB telahpun memecahkan garisan menurun (DTL) dan juga telah keluar dari awan ichimoku disokong oleh volume yang kuat. Jika dapat bertahan diatas awan, setup yang cantik untuk KGB kembali mendaki ke atas. Aras target adalah di 1.17 dan juga 1.42. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
KARYON telah memecahkan garisan menurun 6 tahun (6yr DTL) dengan disokong oleh volume tertinggi sepanjang hayat pada 16 June 2020 yang lalu. Seterusnya membuat retracement seketika dan kelihatan seperti sudah mengesahkan pullback dimana candle pada hari jumaat yang lalu ditutup di atas middle bollinger band. Aras rintangan yang berdekatan adalah di 0.200, 0.220...
LUXCHEM pada hari ini telahpun memecahkan kotak pengumpulan selama sebulan dengan disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya akan meneruskan pendakian ke atas. Ianya juga telahpun memecahkan garisan menurun (downtrendline) sebelum ni. Jika dilihat pada indicator Ichimoku, Luxchem merupakan kaunter yang sedang bullish. Aras target berdasarkan pattern kotak...
RGTBHD merupakan kaunter yang berkaitan dengan produk plastik dan mempunyai chart pattern yang sangat menarik untuk diperhatikan. Daripada chart RGTBHD dapat dilihat ianya telahpun melengkapkan pattern cup & handle dimana neckline dan juga aras 52 weeks high adalah di 0.200. Selain itu, RGTBHD juga telah memecahkan garisan menurun 1 tahun (1yr DTL) disokong dengan...
MESTRON telah memecahkan garisan menurun sepanjang hayat dan EMA200 disokong oleh volume yang kuat. Jika diletakkan indicator Ichimoku Cloud, Mestron telahpun memecahkan awan dan berada diatas awan menandakan bullish momentum yang kuat. Aras sokongan terkuat Mestron adalah di 0.105. Jika berjaya mempertahankan aras sokongan ini, Mestron akan mencuba untuk...
MGRC telahpun memecahkan garisan menurun 5 tahun (5yr DTL) dan telahpun turun untuk membuat retracement. Hari ini telah muncul signal pullback reversal candle yang disokong oleh volume. MGRC juga telahpun berada diatas awan kumo ichimoku, menunjukkan kekuatan bullish disitu. Aras sokongan yang kuat adalah di 0.340. Jika berjaya mempertahankan aras 0.340, MGRC akan...
CONNECT nampak sangat kuat buat masa ini. Dalam beberapa hari ini CONNECT telah memecahkan 52 weeks high, kumo resistance dan garis menurun 3 tahun (3yr DTL). Pada hari ini juga telah berlakunya persilangan diantara garisan EMA50 dan EMA200 sebagai signal bullish yang kuat. Aras rintangan / target adalah di 0.260 dan 0.330. Sama-sama kita perhati rapat dan...
PMHLDG telahpun memecahkann garisan menurun 6 tahun (DTL 6yr)disokong oleh volume yang kuat. Pada hari ini juga PMHLDG juga telah memecahkan aras tertinggi 52 minggu (52 week high, wh) di aras 0.130 tetapi juga ditutup di aras 0.130. Jika esok berjaya melepasi aras 0.130, secara teorinya PMHLDG akan mula membuat pendakian menaik ke aras yang lebih tinggi....
PICORP telah menecahkan garisan menurun selama 12 tahun (DTL12 yr) disokong oleh volume tertinggi sepajang 12 tahun. Picorp juga telah memecahkan kumo resistance dan juga garisan EMA200 pada hari ini. Garisan EMA21 juga bakal bersilang dengan EMA50. Memang setup yang sangat menarik untuk kaunter PICORP. Adakah permulaan untuk PICORP mendaki ke aras yang lebih...
ENGTEX pada hari Jumaat lepas telahpun memecahkan garisan menurun (DTL) disokong oleh volume yang kuat. Jika diletakkan indicator Bollinger Band (BB) juga, dapat dilihat ENGTEX mempunyai potensi untuk membuat pattern surf Bollinger Band. Jika berjaya, pastinya tujahan yang kuat untuk meneruskan pendakian ke atas. Pada hari Jumaat lepas juga, candle Engtex telahpun...
TIGER merupakan sebuah kaunter super penny dari sektor Property. Apa yang menarik dengan kaunter ini, ianya telahpun memecahkan garisan menurun 3 tahun (3yr DTL) disokong oleh volume yang kuat dan gap. Selepas itu, Tiger berehat beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan baru dari trend menurun kepada trend menaik. Tiger juga telah memecahkan awan ichimoku dan...
ADVENTA kaunter healthcare yang mempunyai fundamental yang baik dan menarik. Sebelum ini Adventa telah memecahkan garisan menurun 6 tahun (6yr DTL) dan juga aras EMA200 disokong oleh volume yang kuat. Selepas itu, Adventa membuat sedikit retracement dan hari ini (4 May 2020) nampak seperti bersedia untuk meneruskan pendakian. Aras rintangan kuat yang perlu di...
CCK hari ini telahpun memecahkan garisan menurun setahun (1yr DTL : garisan biru) dan juga EMA200 disokong oleh volume yang kuat. CCK juga telahpun memecahkan aras rintangan yang kuat di 0.525 dan aras rintangan yang seterusnya adalah di 0.580. CCK juga menawarkan dividen sebanyak 1.25 sen dimana ex date pada 30 May 2020 yang akan datang. Sama-sama kita perhati...
AGES telahpun membuat pattern chart dan candle yang kuat disokong oleh volume yang banyak. AGES juga telahpun memecahkan garisan menurun (long term downtrendline). Sangat menarik untuk diperhatirapatkan. Jika dilihat daripada indicator Ichimoku Kumo Hyo, dapat dilihat AGES mempunyai momentum yang kuat untuk meneruskan pendakian keatas. Aras rintangan terkuat...
MYSCM ataupun nama lamanya Panpage menarik untuk diperhatirapatkan kerana hari ini telahpun breakout garisan menurun (DTL) dan juga EMA50 disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya, MYSCM akan cuba untuk menukar trend daripada menurun kepada menaik. Dapat dilihat juga EMA21 sudahpun hampir bersilang dengan EMA50 untuk membentuk signal belian yang kuat. Jika...
Ucrest telahpun breakout garisan menurun (long term DTL) disokong oleh volume yang kuat. Ini menunjukkan Ucrest sedang mencuba untuk menukar trend daripada menurun kepada menarik. Jika esok mampu memecahkan aras rintangan kuat di 0.100 dan seterusnya bertahan diatas aras 0.100, maka ianya merupakan langkah pertama untuk Ucrest mengubah haluan trend. Jika dilihat...
VS telah memecahkan garisan trend menurun pada hari Khamis 9 April 2020 dan disahkan pada 10 April 2020. Seterusnya, secara teorinya VS akan mula mendaki untuk trend menaik. Boleh la kita sediakan trading plan untuk kaunter VS ni ya. Sekadar kajian dan pembelajaran.
MTAG, hampir merentasi down trendline untuk mengakhiri fasa sideway. -membentuk sokongan kukuh pada 0.495 -lilin terakhir sedikit membentuk hammer untuk rejection lower price -jika mampu untuk mengatasi trendline, rintangan seterusnya pada 0.56 -monitor untuk momentum pembelian seterusnya, dan monitor jika volum mampu untuk mengatasi average