Bon korporat

R
US75102XAB29
Raizen Fuels Finance SA 6.45% 05-MAR-2034
Hasil kepada kematangan
8.74%
Tarikh Matang
5 Mac 2034
R
RDS5763618
Raizen Fuels Finance SA 6.45% 05-MAR-2034
Hasil kepada kematangan
8.68%
Tarikh Matang
5 Mac 2034
PEMX5055132
Petroleos Mexicanos 6.95% 28-JAN-2060
Hasil kepada kematangan
8.61%
Tarikh Matang
28 Jan 2060
R
RDS5763620
Raizen Fuels Finance SA 6.95% 05-MAR-2054
Hasil kepada kematangan
8.60%
Tarikh Matang
5 Mac 2054
R
RDS6011783
Raizen Fuels Finance SA 6.7% 25-FEB-2037
Hasil kepada kematangan
8.59%
Tarikh Matang
25 Feb 2037
R
RDS6112260
Raizen Fuels Finance SA 6.25% 08-JUL-2032
Hasil kepada kematangan
8.59%
Tarikh Matang
8 Jul 2032
R
RDS5892356
Raizen Fuels Finance SA 5.7% 17-JAN-2035
Hasil kepada kematangan
8.57%
Tarikh Matang
17 Jan 2035
US71654QCC4
Petroleos Mexicanos 6.75% 21-SEP-2047
Hasil kepada kematangan
8.55%
Tarikh Matang
21 Sep 2047
P
US71654QBR2
Petroleos Mexicanos 6.375% 23-JAN-2045
Hasil kepada kematangan
8.44%
Tarikh Matang
23 Jan 2045
P
PXTH
Petroleos Mexicanos 6.35% 12-FEB-2048
Hasil kepada kematangan
8.42%
Tarikh Matang
12 Feb 2048
EVLLF5588207
FMC Corporation 6.375% 18-MAY-2053
Hasil kepada kematangan
8.16%
Tarikh Matang
18 Mei 2053

Lihat lebih bon 


YM34D
YPF SA 8.25% 17-JAN-2034
Hasil kepada kematangan
Tarikh Matang
17 Jan 2034
NVDA4403910
NVIDIA Corporation 3.2% 16-SEP-2026
Hasil kepada kematangan
3.80%
Tarikh Matang
16 Sep 2026
GME6042202
GameStop Corp. 0.0% 01-APR-2030
Hasil kepada kematangan
Tarikh Matang
1 Apr 2030
CACAO
Capex S.A. 0.0% 05-JUL-2027
Hasil kepada kematangan
−98.67%
Tarikh Matang
5 Jul 2027
US539439BF5
Lloyds Banking Group Plc 6.625% PERP
Hasil kepada kematangan
Tarikh Matang
TLC1O
Telecom Argentina S.A. 8.0% 18-JUL-2026
Hasil kepada kematangan
Tarikh Matang
18 Jul 2026
JPM5992184
JPMorgan Chase & Co. 6.5% PERP
Hasil kepada kematangan
Tarikh Matang
ORACL
Orange SA 3.07% 12-JUN-2034
Hasil kepada kematangan
3.07%
Tarikh Matang
12 Jun 2034
ORCL4141354
Oracle Corporation 4.3% 08-JUL-2034
Hasil kepada kematangan
5.46%
Tarikh Matang
8 Jul 2034
V
VSCRD
Vista Energy Argentina S.A.U 7.65% 10-OCT-2031
Hasil kepada kematangan
Tarikh Matang
10 Okt 2031
Kadar
SimbolHasil kepada kematanganTarikh Matang
SimbolTarikh matang / YTM

Soalan Lazim


Bon korporat adalah instrumen hutang yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendapatkan modal untuk operasi perniagaan. Tidak seperti saham, ia mewakili satu pinjaman — pelabur meminjamkan wang, dan sebagai ganti, syarikat bersetuju untuk membayar faedah tetap dan membayar nilai prinsipal penuh pada kematangan.

Walaupun ia adalah lebih berisiko daripada bon kerajaan — disebabkan potensi ketidakstabilan atau jangka hayat syarikat yang lebih pendek — bon korporat adalah selalunya lebih selamat daripada saham. Pemegang bon mempunyai keutamaan daripada pemegang saham jika syarikat mengalami masalah kewangan.

Gunakan Penyaring Bon untuk mencari dan menganalisa bon korporat yang memenuhi strategi pelaburan anda.
Bon korporat terbaik untuk dibeli adalah yang sejajar dengan ketahanan risiko dan strategi anda.

Satu daripada faktor yang dipertimbangkan oleh ramai pelabur adalah penarafan kredit pengeluar, satu penilaian kebarangkalian pengeluar akan memenuhi obligasi hutang pada masanya. Agensi penarafan kredit paling dihormati adalah Moody's, Fitch Ratings danS&P Ratings.

Ramai pelabur juga menggemari ETF pendapatan tetap — mereka menjadikan bon korporat lebih mudah diakses jika anda tidak bersedia untuk melabur secara langsung.

Anda boleh menjumpai bon-bon bergred pelaburan dengan Penyaring Bon kami.
Hasil bon korporat adalah pulangan kepada pelaburan dilakukan. Ada empat jenis hasil bon korporat berbeza.

- Hasil semasa mengukur pendapatan yang anda perolehi daripada bon relatif kepada harga pasaran semasanya. Ia dikira dengan membahagikan kadar kupon dengan harga bon

- Hasil kepada kematangan (YTM) adalah kadar pulangan dalaman dipertahunkan yang akan diperolehi oleh pelabur jika mereka membeli bon pada harga semasanya, memegang sehingga tarikh kematangan, dan menerika semua pembayaran kupon dan nilai par pada kematangan bon

- Hasil bersamaan bon (BEY) adalah dikira dengan menggandakan hasil separuh tahunan. Ia digunakan untuk tujuan perbandingan dan tidak memberikan analisis mendalam mengenai jumlah pulangan bon

- Hasil tahunan efektif (EAY) adalah satu cara mewakili pulangan sebenar bon dengan mengandaikan pembayaran kupon adalah dilaburkan semula pada kadar yang sama seperti hasil kupon bon.
Kadar bon korporat (kadar kupon) adalah faedah tahunan dibayar oleh pengeluar, berdasarkan kepada nilai muka bon. Pembayaran selalunya dilakukan dengan kerap dalam frekuensi berbeza sehingga kematangan (cth setiap 3 atau 6 bulan), bergantung kepada jenis bon.

Beberapa bon kerajaan adalah kupon sifar, bermakna mereka tidak membayar faedah. Tetapi mereka dijual pada harga diskaun kepada nilai muka mereka, yang mengimbangi kekurangan faedah tetap.

Mencari bon yang sesuai? Gunakan Penyaring Bon kami untuk membandingkan alternatif.
Kadang-kala dipanggil sebagai bon kualiti rendah,bon korporat hasil tinggi selalunya dikeluarkan oleh syarikat yang mengalami cabaran kewangan. Syarikat-syarikat ini mempunyai penarafan kredit lebih rendah dan kewangan yang lebih lemah, menjadikan mereka satu pelaburan yang berisiko. Untuk mengimbangi risiko ini, mereka menawarkan kadar kupon lebih tinggi untuk menarik pelabur. Pedagang boleh membeli bon-bon ini dengan mengharapkan keuntungan modal sekiranya penarafan kredit menjadi bertambah baik.

Walau apa pun strategi anda, jangan terjun dengan membuta-tuli — sentiasa lakukan penyelidikan mendalam sebelum melabur.

Kekal termaklum dengan Aliran Berita kami dan pantau perolehan syarikat untuk menjejak perubahan berpotensi dalam risiko dan pulangan.
Bon korporat datang dalam pelbagai jenis. Ia boleh dikumpulkan mengikut industri di mana syarikat beroperasi (seperti teknologi atau pengangkutan), dengan kedudukan kredit, mengikut sama ada ia adalah terjamin atau tidak terjamin dan banyak lagi.

Tanpa mengira jenis bon, pilihan untuk melabur adalah bergantung kepada anda — jangan terpedaya kerana syarikat XYZ berada dalam kategori tertentu.

Untuk memudahkan anda, kami telah mengumpulkan senarai pelabagai bon korporat. Ini termasuk:

- Bon korporat kadar terapung
- Bon korporat kadar sifar
- Bon korporat kadar hasil tinggi dan banyak lagi.

Anda boleh melawati Pusat Pengetahuan kami dan mempelajari lebi mengenai jenis bon lain.
Nilai par (juga dipanggil nilai muka atau prinsipal) adalah jumlah yang syarikat bersetuju untuk membayar apabila bon mencapai kematangan.

Dalam pasaran sekunder, harga bon boleh naik dan turun kerana bon baharu dengan kadar kupon berbeza akan dikeluarkan. Sebagai contoh, jika anda memegang satu bon korporat dengan kupon 3% dan bon baharu menawarkan 3.5%, bon anda mungkin akan didagangkan pada harga lebih rendah kerana ia menghasilkan faedah lebih rendah.

Akan tetapi, pada kematangan, kedua-dua bon akan masih dibayar pada nilai par yang sama — tanpa mengira perubahan harga pasaran mereka.

Jejaki kadar bon korporat untuk kekal berada di hadapan pergerakan pasaran.
Bon korporat bergred pelaburan adalah dikira pilihan yang selamat antara bon. Ini kerana syarikat pengeluar mengikuti amalan kewangan yang kuat dan diiktiraf untuk kestabilan mereka. Pengiktirafan berkenaan datang dari tiga agensi kredit utama — Moody's, Fitch Ratings dan S&P Ratings. Agensi-agensi ini menggunakan sistem penarafan yang sama untuk kerajaan dan syarikat.

Bon bergred pelaburan selalunya menawarkan kadar kupon lebih rendah, tetapi tarikan mereka terletak pada kebolehpercayaan. Pelabur selalunya menggemari mereka kerana risiko yang kurang dan pembayaran balik yang tinggi — berlainan dengan bon hasil tinggi, yang boleh menjadi lebih kurang stabil.

Terokai lebih syarikat gred pelaburan dengan menapis menapis mereka dalam Penyaring Bon kami.
Tarikh kematangan adalah tarikh di mana pengeluar perlu membayar nilai muka bon. Ini adalah satu faktor utama yang menentukan harga bon, dan sehingga bon ditebus, pemegang bon akan menerima pembayaran faedah (kadar kupon).

Bon korporat selalunya dikumpulkan mengikut kematangan:
- Jangka pendek: 3 tahun atau kurang
- Jangka pertengahan: 3–10 tahun
- Jangka panjang: 10 tahun atau lebih

Bon dengan masa lebih panjang kepada kematangan adalah lebih berisiko, kerana harga mereka boleh turun naik dari masa ke semasa dalam pasaran sekunder disebabkan pengeluaran bon baharu.

Terokai senarai bon korporat jangka pendek kami dan bon korporat jangka panjang untuk lebih memahami pasaran bon.
Membeli bon korporat adalah proses mudah, tetapi anda perlu broker yang dipercayai untuk membantu anda menilai pasaran. Sebaik sahaja anda menemui brokeraj yang memenuhi gaya dan keperluan anda, anda boleh bermula dengan membuka akaun di situ. Terokai senarai rakan kongsi broker kami dan mula berdagang terus dari carta anda.

Sebelum melabur, TradingView sangat mengesyorkan anda mengambil masa untuk memahami pasaran. Anda boleh menguji strategi anda menggunakan akaun dagangan kertas dan menggunakan Penyaring Bon kami untuk mencari peluang pelaburan terbaik.
Harga pasaran adalah harga bon korporat semasa dijual dalam pasaran sekunder. Bergantung kepada keadaan ekonomi, penarafan kredit pengeluar dan bon-bon tersedia lain, ia boleh menjadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada nilai muka bon. Dalam kes sedemikian, bon adalah didagangkan pada diskaun atau premium.

Anda boleh mencari harga dan hasil pelbagai bon dengan Penyaring Bon kami.
Bon korporat dianggap sebagai pelaburan risiko rendah daripada saham, menjadikan mereka pilihan popular untuk pelabur mengurangkan potensi kerugian dan mengekalkan modal. Untuk syarikat, bon korporat adalah cara untuk mengumpul dana untuk membiayai aktiviti mereka.

Apabila anda membeli bon pada nilai mukanya, anda akan menerima pembayaran faedah tetap, yang juga dikenali sebagai pembayaran kupon. Ia selalunya dibayar separuh tahunan tetapi syarikat boleh menetapkan pada apa-apa frekuensi dan juga boleh menggunakan jadual tidak berkala.

Sebaik sahaja bon mencecah tarikh kematangannya, syarikat pengeluar akan membayar nilai muka penuh bon kepada pemegang bon, dengan syarat tiada kebangkrapan.