Mengenai

Bursa Saham Qatar (QSE) memulakan operasinya pada tahun 1997 sebagai Pasaran Sekuriti Doha dan telah menjadi bursa utama Qatar dan satu daripada bursa yang terkemuka di Negara Teluk Arab. Ia dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan Qatar (QFMA) dan beribu pejabat di Doha, ibu negara dan bandar paling ramai penduduknya serta satu daripada pusat kewangan yang sedang membangun di Timur Tengah. QSE mempunyai perkongsian strategik dengan NYSE Euronext dan dagangan elektronik yang dikendalikan melalui Platform Dagangan Universalnya (UTP), sistem dagangan yang digunakan secara meluas. Bursa tersebut menyenaraikan 43 syarikat dengan permodalan pasaran sebanyak QAR 336 bilion. Bursa tersebut juga menempatkan bon dan ETF.

Antara penyenaraiannya ialah syarikat yang terkemukal dan aktif didagangkan seperti Qatar National Bank, Qatar Gas Transport Company, Industries Qatar, Commercial Bank and Barwa. QSE menguruskan indeks QE, yang terdiri daripada 20 syarikat terbaik, diisih dengan permodalan pasaran apungan bebas dan nilai dagangan purata harian. Komponennya disaring untuk kelayakan dan dikaji semula setiap setengah tahun. Indeks ini diiktiraf secara meluas sebagai indeks penanda aras untuk pasaran saham Qatar. Indeks utama lain ialah Indeks Semua Saham QE serta indeks sektor pasaran.

Berita

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Solusi pencartaan Dapatkan Bantuan Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Wiki Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Syiling TradingView Tiket Sokongan Saya Dapatkan Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar