Mengenai

Johannesburg Stock Exchange (JSE) adalah badan transaksi pertukaran saham terbesar di Afrika Selatan dan badan transaksi pertukaran terbesar di benua Afrika. Ia diwujudkan pada tahun 1887 dan beribu pejabat di bandar terbesar iaitu Johannesburg yang merupakan kawasan utama sektor kewangan di Afrika. JSE memegang kedudukan tinggi autoriti dan menentukan undang-undang berkaitan penyenaraian dan dagangan. Ia dikawalselia oleh Financial Services Board, iaitu sebuah agensi pengawalan kewangan. Dagangan elektronik adalah dikendalikan menerusi Millennium Exchange, satu sistem dagangan yang dibangunkan oleh London Stock Exchange. Ia menyenaraikan 376 syarikat dengan modal pasaran sebanyak $959 billion yang juga merangkumi bon, ETF dan derivatif. JSE adalah salah satu ahli di dalam Sustainable Stock Exchanges, satu projek di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu.

Diantara penyenaraian yang ada adalah syarikat-syarikat terkenal dan aktif didagangkan seperti Barclays Africa Group, Anglo American, Sasol, Naspers dan Standard Bank. Indeks saham utama adalah FTSE/JSE 40 teratas, yang menjejak prestasi 40 syarikat terbesar Afrika Selatan di dalam pelaburan pasaran modalan. Ia dimulakan pada tahun 2002 oleh satu usaha sama diantara JSE dan kumpulan FTSE dan dikenali dengan meluas sebagai indeks penanda aras untuk pasaran saham Afrika Selatan. Ciri-ciri indeks disaring untuk penentuan kelayakan dan dikaji semula secara berkala. Bahagian daripada siri tajuk utama adalah FTSE/JSE All Share Index meluas (menjejak semua sekuriti di dalam Papan Utama) dan indeks FTSE/JSE Large Cap, Mid Cap dan Small Cap.

Berita

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Rancangan Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Pusat Bantuan Rujuk rakan Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Wiki Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Rujuk rakan Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar