Perolehan

Perolehan mewakili keuntungan asas sesuatu syarikat. Pedagang dan pelabur akan memeriksa perolehan syarikat untuk menentukan bagaimana syarikat menghasilkan wang. Laporan perolehan akan dikeluarkan setiap suku tahun dan tahunan.

Satu laporan perolehan dapat membawa kepada turun naik, jumlah dan minat kepada sesuatu aset. Laporan ini biasanya dikeluarkan sebelum pasaran dibuka atau selepas pasaran ditutup. Laporan perolehan boleh mengubah persepsi syarikat dengan cepat bergantung kepada beberapa faktor termasuk keuntungan, kerugian, jangkaan penganalisis, panggilan persidangan dan panduan ke masa hadapan. Sekiranya syarikat melaporkan ianya melebihi jangkaan, ini menunjukkan keuntungan yang didasari atau adanya jalan yang jelas ke arah pertumbuhan syarikat menyebabkan harga aset pada umumnya akan bergerak lebih tinggi. Sekiranya syarikat melaporkan kewangan yang mengecewakan dan tidak menepati sasaran atau melaporkan sesuatu yang ada berkaitan dengan keuntungan jangka panjang syarikat, harga aset pada umumnya akan turun lebih rendah.

Adalah penting untuk diingatkan bahawa adakalanya laporan perolehan boleh disalahertikan dan reaksi awal pasaran kepadanya boleh jadi silap. Contohnya, satu saham akan turun mendadak selepas pengeluaran laporan perolehan dan naik keesokkan harinya selepas pelabur mempunyai cukup masa untuk menganalisa laporan itu dengan menyeluruh. Analisa, pengurusan pelaburan dan strategi dagangan yang merangkumi laporan perolehan adalah salah satu topik perbincangan hangat dan merupakan satu perkara penting dalam pasaran ekuiti.
Tunjuk lebih banyak skrip