Pitchforks

Pitchfork adalah suatu teknik analisa dan dagangan yang popular. Secara intipati, terdapat 3 elemen penting, yakni, 2 garisan selari luaran yang menyediakan sokongan dan rintangan serta elemen terakhir iaitu garisan median yang berada di antara mereka. Untuk menggunakan pitchfork secara betul, kenalpasti 3 titik yang atas dan bawah secara berturut-turut, di mana titik pertama menunjukkan permulaan suatu trend. Garisan median menyambungkan titik pertama ke titik tengah kedua-dua garisan luaran. Garisan-garisan luaran dapat ditambah dengan satu set nombor sisihan piawai daripada median, membentuk saluran trend yang selari.

Pitchforks dapat digunakan untuk mengenalpasti peluang-peluang belian dan jualan pada garisan-garisan tersebut(untuk lantunan atau pematahan dagangan),bergantung pada peraturan-peraturan spesifik masuk dan keluar seseorang pedagang. Pedagang konservatif akan mencari konfirmasi tambahan. Selain Andrew's Pitchfork terdapat juga variasi lain seperti Schiff Pitchfork, the Modified Schiff pitchfork dan Inside Pitchfork. TradingView mempunyai alak lukis cerdik untuk semua teknik ini dan juga terdapat sembang popular di mana pengguna boleh berkongsi idea-idea pitchfork.