Price Oscillator (PPO)

MACD adalah penunjuk yang sangat popular, yang digunakan untuk mengukur momentum dan ianya hampir serupa dengan analisis MACD. MACD menggunakan dua Moving Average yang berlainan panjang (dikenali sebagai petunjuk kelewatan) untuk mengenalpasti arah pergerakan arah aliran dan jangka masa pergerakan itu. MACD kemudiannya akan mengambil nilai perbezaan di antara dua Moving Average (MACD Line) itu dan EMA dari kedua-dua Moving Average (Signal Line) dan akan memplotkan nilai perbezaan antara dua garisan ini dalam bentuk histogram yang berayun di atas dan di bawah garis tengah Zero Line.

Analisis PPO adalah serupa, akan tetapi ia mengambil nilai yang sama seperti MACD dan melakukan pengiraan dalam bentuk peratusan. Tujuan analisa seperti ini adalah kerana ia menjadikan perbandingan nilai menjadi lebih mudah dan jelas untuk difahami untuk satu kadar masa yang lebih panjang.

Baca lebih lanjut mengenai Price Oscillator.
Tunjuk lebih banyak skrip
1
23
1
23