Volum

Penunjuk berasaskan volum memberi maklumat mengenai jumlah kontrak atau lot yang diniagakan. Ia merupakan salah satu daripada beberapa jenis penunjuk yang mengasaskan nilai bukan semata-mata kepada harga. Volum bergantung kepada masa terpilih. Nilai sekuriti yang di dagangkan pada satu masa tertentu boleh memberikan indikasi samada arah aliran akan kekal berterusan atau akan bertukar. Ini menunjukkan di mana harga pedagang akan meletakkan pada masa bukaan dagangan. Pertambahan volum selalunya akan mendahului arah aliran yang baru bermula dan penurunan volum selalunya akan mendahului arah aliran yang akan berakhir.

Situasi menarik akan tercipta apabila harga melakukan ketinggian terbaru atau terendah apabila volum menurun. Pertentangan aliran antara harga-volum ini boleh memberikan maklumat akan adanya pertukaran arah aliran. Terdapat banyak petunjuk-petunjuk berdasarkan volum seperti Money Flow Index (MFI), Chaikin Money Flow (CMF) dan Volume-weighted Average Price (VWAP). Alatan-alatan ini boleh digunakan secara bersendirian atau disatukan dengan petunjuk-petunjuk lain.
Tunjuk lebih banyak skrip
1
23
...
180
1
2
...
180