Marijuana adalah perniagaan yang besar. Ia mula disahkan atas sebab perubatan di California pada tahun 1996, penggunaan rekreasi kini A-OK di lebih 18 negeri AS, dengan pasaran global dijangka mencecah $300 bilion menjelang 2030. Hari ini, satu industri telah muncul khusus untuk penyelidikan perubatan dan juga untuk penciptaan dan penjualan produk menggunakan minyak ganja, CBD atau rami dalam minyak, makanan, krim muka dan vape. Persoalannya, sejauh mana semua dadah ini akan mempengaruhi portfolio anda?
Ini ialah satu senarai susun atur berdasarkan data TradingView, dan bukanlah satu nasihat. Anda harus sentiasa melakukan penyelidikan anda sendiri sebelum melakukan apa-apa perdagangan. Mungkin ianya bukan idea yang bagus untuk menghisap ganja semasa anda sedang berdagang, atau semasa anda mengendalikan jentera berat, dan sudah tentu bukan melakukan kedua-duanya pada masa yang sama.