Know Sure Thing (KST)

Definisi

Penunjuk Know Sure Thing (KST) adalah satu pengayun berasaskan momentum. KST adalah berdasarkan Rate of Change (ROC). Know Sure Thing mengambil empat rangka masa ROC yang berbeza dan melicinkannya menggunakan Simple Moving Averages. KST kemudiannya mengira satu nilai akhir yang turun naik di antara nilai positif dan negatif di atas dan di bawah Garisan Kosong. Di dalamnya juga ada satu garisan isyarat iaitu satu SMA untuk garisan KST itu sendiri. Secara asasnya, penunjuk Know Sure Thing mengukur momentum untuk empat kitar harga berbeza. Penganalisa Teknikal menggunakan informasi ini untuk mengesan pencapahan, keadaan terlebihbeli dan terlebih jual dan pelintas.

Sejarah

Penunjuk Know Sure Thing (KST) adalah dibangunkan oleh Martin Pring dan diperkenalkan pada tahun 1992 di dalam Majalah Stocks & Commodities. Beliau sebelum ini merujuk kepada penunjuk ini sebagai Summed Rate of Change.

Pengiraan

Pengiraan adalah berdasarkan parameter-parameter lalai di dalam Tradingview iaitu 10,15,20,30,10,10,10,15,9.

  1. Empat nombor pertama (10,15,20,30) mewakili panjang ROC yang akan digunakan.
  2. Empat nombor kedua (10,10,10,15) adalah panjang SMA yang digunakan sepadan dengan panjang ROC. 
  3. Nombor terakhir (9) adalah panjang SMA untuk digunakan di dalam mengira garisan isyarat.

Jadi, di dalam contoh ini, anda hendaklah mula-mula mengira ROCMA untuk setiap kitaran harga.

ROCMA1 = 10 Period SMA of 10 Period ROC

ROCMA2 = 10 Period SMA of 15 Period ROC

ROCMA3 = 10 PERIOD SMA of 20 Period ROC

ROCMA4 = 15 Period SMA of 30 Period ROC

Sekarang anda telah ada semua untuk ROCMA dikira, KST sudah boleh dikira.

(RCMA1 x 1) + (ROCMA2 x 2) + (ROCMA3 x 3) + (ROCMA4 x 4) = KST

The signal line is then a 9 Period SMA of the KST

Asas

KST mengambil Rate of Change untuk empat tempoh masa berbeza, melicinkan mereka menggunakan pergerakan purata, menimbang mereka dan menjumlahkan keputusan. Niatnya adalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam untuk momentum untuk satu sekuriti tertentu instrument kewangan. Peraturan umum adalah apabila KST positif, kemudian momentum adalah naik dan apabila KST adalah negatif, kemudian momentum akan turun. Ini boleh diterjemahkan masing-masing kepada pasaran Bulis dan Bearis.

Satu perkara untuk diketahui, tempoh masa yang digunakan di dalam parameter penunjuk adalah bergantung kepada pedagang. Pring menyarankan bahawa apabila menukar antara carta harian, mingguan dan bulanan, parameter untuk penunjuk hendaklah ditukar bersama. Contohnya:

Harian (10, 15, 20, 30, 10, 10, 10, 15, 9)
Mingguan (10, 13, 15, 20, 10, 13, 15, 20, 9)
Bulanan (9, 12, 18, 24, 6, 6, 6, 9, 9)

Apa yang perlu dilihat

Pencapahan

Pencapahan terjadi apabila aksi atau pergerakan harga tidak disahkan oleh bacaan penunjuk. Ini boleh bermaksud bahawa momentum sekarang tidak menyokong harga dan satu balikan mungkin akan terjadi.
Pencapahan Bulis KST adalah apabila harga jatuh tetapi KST menaik.

Pencapahan Bearis KST adalah apabila harga menaik tetapi KST jatuh.

 

Terlebihbeli/Terlebihjual

Keadaan Terlebihbeli dan Terlebihjual adalah agak sukar untuk ditentukan menggunakan KST. Ini disebabkan tidak seperti pengayun momentum lain (seperti RSI), KST adalah tidak disekat kepada satu julat tertentu. Jadi, menentukan aras terlebihbeli dan terlebihjual akan memerlukan penyelidikan dan eksperimen. Analisa sejarah boleh membantu di dalam proses ini. Kebanyakan masa, keadaan terlebihbeli dan terlebihjual adalah bagus untuk mengesahkan arah aliran dan bukannya balikan.  Terlebihbeli boleh dilihat sebagai satu isyarat kekuatan pada pasaran bulis manakala terlebihjual boleh menjadi satu isyarat kekuatan di dalam pasaran bearis.

Pelintas

Ada dua jenis pelintas yang berbeza digunakan apabila menganalisa KST. Ada pelintas garisan Kosong dan juga pelintas garisan isyarat. Pelintas Garisan Kosong selalunya mengandungi banyak lat dan tidak selalu boleh digunakan. Pelintas garisan isyarat pula, boleh menandakan satu perubahan di dalam momentum.

Apabila garisan KST adalah negatif tetapi bersilang di atas garisan isyarat, momentum ke atas semakin menaik.

Apabila garisan KST adalah positif tetapi bersilang di bawah garisan isyarat, momentum ke bawah semakin menaik.

Kesimpulan

Penunjuk Know Sure Thing (KST) adalah seperti banyak penunjuk-penunjuk analisa teknikal lain, ia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing dan tidak seharusnya digunakan sebagai sistem pengeluaran isyarat berdiri sendiri. Ini kerana penunjuk menggunakan satu siri pergerakan purata, jadi akan ada lat di dalamnya. Ini boleh mengakibatkan isyarat mudah seperti pelintas Garisan Kosong menjadi tidak boleh digunakan. Akan tetapi penunjuk ini masih dikategorikan sebagai berguna apabila digunakan di dalam keadaan terlebihbeli dan terlebihjual, bukannya sebagai satu cara meramalkan balikan tetapi sebagai satu cara untuk mengesahkan arah arah aliran. Pelintas garisan isyarat juga telah didap ti adalah efektif dalam menjangkakan pergerakan harga.

Input

ROCLen1

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira ROC pertama.

ROCLen2

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira ROC kedua.

ROCLen3

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira ROC ketiga.

ROCLen4

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira ROC keempat.

SMALen1

Tempoh masa yang digunakan untuk SMA untuk ROC pertama.

SMALen2

Tempoh masa yang digunakan untuk SMA untuk ROC kedua.

SMALen3

Tempoh masa yang digunakan untuk SMA untuk ROC ketiga.

SMALen4

Tempoh masa yang digunakan untuk SMA untuk ROC keempat.

SigLen

Tempoh masa yang digunakan untuk mengira garisan isyarat.

Gaya

KST

Boleh togol kebolehlihatan Garisan KST termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk KST. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan KST, ketebalan garisan dan gaya visual. (Garisan adalah nilai Lalai).

Sig

Boleh togol kebolehlihatan Garisan Isyarat termasuklah kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai sebenar terkini untuk Garisan Isyarat. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan Isyarat, ketebalan garisan dan gaya visual. (Garisan adalah nilai Lalai).

Garisan Kosong

Boleh togol kebolehlihatan Garisan Kosong. Boleh juga digunakan untuk memilih warna Garisan Isyarat, ketebalan garisan dan gaya visual. (Garisan putus-putus adalah nilai Lalai).

Ketepatan

Menetapkan nombor titik perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum dibundarkan. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan akan berada pada nilai penunjuk..