Skrip Pine adalah satu bahasa pengaturcaraan yang di bina oleh TradingView, digunakan untuk menulis penunjuk-penunjuk dan strategi-strategi milikan yang boleh ditambahkan kepada carta anda dan boleh digunakan di dalam analisa teknikal.
Ada satu editor istimewa di panel bawah carta anda, ianya dicipta secara khas untuk menulis dan mengedit kod. Secara tambahan, pengedit ini boleh berfungsi sebagai satu penyerlah automatik, yang direka untuk menyerlahkan pembolehubah, fungsi-fungsi dan hujung alat. Secara asasnya, ia menyerlahkan secara automatik elemen-elemen terbina dalam (pembolehubah dan fungsi) untuk bahasa dan menghantar petunjuk pada tetingkap timbul dengan informasi-informasi tambahan yang muncul apabila anda menggerakkan kursor anda di atas elemen-elemen tertentu.
Penunjuk yang telah siap boleh ditambahkan kepada carta dan disimpan untuk kegunaan lain dan untuk mengedit, atau diterbitkan pada Skrip Komuniti kami.
Bahan-bahan asas rujukan:
Kami telah menciptakan satu bahagian mudah di mana sesiapa pun boleh berkenalan dengan struktur bahasa kami dengan menggunakan contoh skrip mudah yang telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian individu untuk kemudahan anda.
Satu cara lain untuk mempelajari bahasa ialah menerusi penunjuk-penunjuk terbina dalam TradingView’s yang telah ditulis di dalam Pine. Kod untuk penunjuk-penunjuk ini adalah terbuka dan boleh diakses oleh sesiapa. Hanya pilih penunjuk yang anda sukai daripada senarai dan ia akan keluar di editor. Kemudian anda boleh bereksperimen dengan melakukan perubahan-perubahan kepada kod berkenaan.
Sebagai tambahan, anda boleh mencari contoh-contoh kerja penulis-penulis lain di dalam Skrip Komuniti kami. Satu bilangan yang banyak adalah dalam bentuk skrip sumber terbuka yang tersedia untuk pengguna-pengguna.
Jika anda tidak menjumpai apa yang anda berminat untuk ketahui di dalam bahan-bahan rujukan kami, anda boleh menanyakan soalan-soalan laman sembang Tradingview di mana Skrip Pine adalah dibincangkan dengan khusus, atau pada laman web StackOverflow, di mana kami mempunyai tag berasingan disenaraikan.