Corak XABCD

Aplikasi

Alat lukisan Corak XABCD membenarkan penganalisa untuk menyerlahkan pelbagai corak carta lima titik. Pengguna boleh melukis dan menggerakkan secara manual lima titik berbeza (XABCD). Titik XABCD mencipta empat kaki berbeza, yang bila digabungkan untuk membentuk corak carta. Empat kaki dirujuk sebagai XA, AB, BC, dan CD.

Setiap dari lima titik (XABCD) mewakili satu ketinggian atau kerendahan ketara dalam bentuk harga pada carta. Disebabkan itu, empat kaki-kaki yang disebut sebelum ini (XA, AB, BC, CD) mewakili arah aliran berbeza dan pergerakan harga yang bergerak dalam arah berbeza.

Keputusannya, ada empat corak XABCD utama yang paling biasa. Corak-corak ini boleh jadi sama ada bulis atau bearis.

Empat corak utama adalah:

  1. Gartley.
  2. Butterfly.
  3. Crab.
  4. Bat.
Gartley

Untuk contoh ini, kita akan memeriksa satu Corak Bullish Gartley:

  1. Corak ini bermula dengan satu kenaikan dinamakan XA.
  2. Harga membalik semula ke bawah pada A dan berhenti pada B.  Nisbah Anjakan Fibonacci untuk AB sepatutnya adalah 61.8% untuk julat harga A tolak X.
  3. Harga membalik di B. Anjakan BC hendaklah berada di antara 61.8% dan 78.6% untuk julat harga AB (bukan panjang garisan). Ini ditunjukkan sepanjang garisan AC.
  4. Pada C, harga membalik dengan anjakan CD di antara 127% dan 161.8% pada julat BC. Ini ditunjukkan sepanjang garisan BD.
  5. Harga D ialah titik untuk memasuki pasaran (beli).
Butterfly

Untuk contoh ini, kita akan memeriksa satu Corak Bullish Butterfly:

  1. Ayunan dari A ke D beleh jadi satu pemanjangan 127.2% atau 161.8% pada garisan XA.
  2. Dalam ayunan A ke D, satu corak sah ABCD hendaklah dipatuhi.
  3. Dalam satu persediaan yang ideal, dua segitiga (XAB dan BCD) hendaklah hampir sama dalam bentuk masa. Jika tidak, cari segitiga kedua (BCD) berada di antara 61.8% dan 161.8% untuk segitiga pertama (XAB).
  4. Satu pergerakan di atas 161.8% mencadangkan bahawa corak bulis adalah rosak dan pergerakan bearis mungkin akan terjadi pada bila-bila masa.
Crab
  1. AB sepatutnya adalah anjakan 0.382 atau 0.618 pada garisan XA.
  2. BC sepatutnya sama ada anjakan 0.382 atau 0.886 pada garisan AB.
  3. CD ialah pemanjangan 2.24 atau 9.64 pada garisan BC.
Bat
  1. AB ialah anjakan 0.382 atau 0.500 pada garisan XA.
  2. BC ialah anjakan 0.382 atau 0.886 pada garisan AB.
  3. CD boleh menjadi sama ada pemanjangan 1.618 atau 2.618 pada garisan BC.

Gaya

Label

Boleh menukar warna teks, jenis fon dan saiz fon. Anda juga boleh memilih menebalkan atau mencondongkan teks.

Sempadan

Boleh menukar warna sempadan dan juga ketebalannya.

Latarbelakang

Kotak semak ini membenarkan memenuhi latarbelakang saluran selari Corak XABCD. Isikan warna dan kelegapannya boleh dipilih pada menu lungsur turun di sebelah.

Koordinat

#1-5 (Price, Bar)

Tetapan ini membenarkan penempatan tepat untuk titik corak menggunakan harga dan bilangan bar.

Kebolehlihatan

Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh menukar paparan Corak XABCD pada carta untuk rangka masa berbeza.