Bagaimana menggunakan fungsi rangka masa pelbagai (MTF)?

Fungsi MTF adalah suatu ciri yang membolehkan anda untuk mengubah rangka masa penunjuk dengan hanya menggunakan dua klik dalam Input dengan menggunakan fungsi lungsur turun Resolusi.


Pengaturcara Pine boleh menggunakan parameter rangka masa yang sama kami gunakan untuk penunjuk-penunjuk terbina dalam kami dalam skrip mereka sendiri. Dengan hanya menambahkan ia kepada pernyataan deklarasi penunjuk skrip, pengaturcara kini mempunyai cara yang mudah untuk menambahkan fungsi MTF ke skrip mereka dan membiarkan pengguna memutuskan rangka masa yang mereka inginkan penunjuk berjalan.

Dengan menggunakan parameter resolusi secara automatik akan menambahkan medan input Rangka Masa ke Input skrip anda. Nilai lalai parameter boleh jadi suatu rentetan resolusi yang sah. Walaubagaimanapun, ia tidak termasuk dalam pilihan yang tersedia dari menu lungsur turun , Sama seperti simbol asal akan muncul sebagai nilai lalai dalam medan. Gunakan rentetan kosong ("") untuk mewakili rangka masa carta.

Misalnya, anda ingin menggunakan carta dengan rangka masa 5minit tetapi mahu menunjukkan Moving Average  berdasarkan rangka masa 1 Hari. Sebelum ini anda boleh melakukannya dengan menggunakan fungsi  request.security:

//@version=5
indicator(title="Moving Average", shorttitle="MA with security", overlay=true)
len = input.int(9, minval=1, title="Length")
src = input.source(close, title="Source")
out = ta.sma(src, len)
tf = input.timeframe(title="Timeframe", defval="1D")
s1 = request.security(syminfo.tickerid, tf, out, gaps=barmerge.gaps_on)
plot(s1, color=color.red)
Java


Sekarang, anda hanya perlu menambahkan timeframe="D" kepada panggilan penunjuk anda:

//@version=5
indicator(title="Moving Average", shorttitle="MA with timeframe", overlay=true, timeframe="D", timeframe_gaps=true)
len = input.int(9, minval=1, title="Length")
src = input.source(close, title="Source")
offset = input.int(title="Offset", defval=0, minval=-500, maxval=500)
out = ta.sma(src, len)
plot(out, color=color.blue, title="MA", offset=offset)
Java

Parameter rangka masa menyediakan suatu cara yang mudah untuk menambahkan fungsi MTF ke skrip-skrip mudah. Penambahan timeframe_gaps=true adalah pilihan dan sama dari segi prinsip kepada parameter 'jurang' dalam fungsi `request.security()`. Skrip Pine yang lebih kompleks bagaimanapun masih memerlukan request.security untuk melaksanakan pengiraan lanjutan menggunakan maklumat rangka masa yang lebih tinggi.

Perhatikan bahawa nilai pembolehubah timeframe.* akan mewakili rangka masa skrip yang sedang dijalankan seperti yang ditentukan oleh nilai medan Rangka Masa dalam input skrip, tanpa mengira rangka masa carta. Perhatikan juga bahawa oleh sebab nilai rangka masa yang lebih tinggi mengandungi jurang apabila parameter timeframe digunakan dalam skrip (kecuali timeframe_gaps ditetapkan kepada palsu), pemboleh ubah timeframe.* juga akan mengandungi nilai n/a di antara peralihan waktu. Tingkah laku ini adalah dijangka. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenainya di Pusat Bantuan kami.