Mass Index

Definisi

Mass index ialah satu penunjuk analisa teknikal yang digunakan untuk memeriksa perbezaan antara harga saham tinggi dan rendah sepanjang satu tempoh masa tertentu. Index mencadangkan bahawa satu balikan arah aliran (trend reversal) berkemungkinan besar terjadi apabila ada satu perbezaan yang besar di antara harga saham, dan apabila perbezaan ini menurun.

Sejarah

Mass index dibangunkan dan diperkenalkan oleh Donald Dorsey pada awal tahun 1990an. Dorsey pada mulanya menganggap bahawa apabila pengiraan menghasilkan keputusan di atas 27 dan kemudian jatuh satu mata separuh ke bawah (kepada 26.5), saham akan bersedia untuk berubah arah. Keputusan ini akan mencipta satu jenis “benjolan (bulge)”. Ia telah ditentukan bahawa satu index 27 menunjukkan ketidakstabilan (volatility), yang menyebabkan ada pedagang menurunkan garisan asas mereka apabila menanti satu benjolan harga (price bulge).

Pengiraan

Untuk mengira mass index, lihat formula di bawah.

25 ∑  9 − Day EMA of a 9 − Day EMA of (High − Low) / 9 − Day EMA of (High − Low) 1

Langkah-langkah untuk pengiraan adalah seperti berikut.

  1. Mulakan dengan mengira sembilan hari Exponential Moving Average (EMA) untuk perbezaan di antara harga tinggi dan rendah saham sepanjang satu tempoh masa tertentu. Ini selalunya ditentukan sebagai 25 hari.
  2. Teruskan dengan membahagikan keputusan ini dengan sembilan hari Exponential Moving Average untuk moving average yang dipaparkan dalam pengangka persamaan (ditunjukkan di atas).

Pemerhatian dan apa yang perlu diperhatikan

Walaupun, adalah biasa untuk menggunakan penunjuk seperti sisihan piawai untuk mengukur ketidakstabilan (volatility) dalam pasaran, penunjuk mass index masih ada banyak kegunaan. Menggunakan fungsi bonjolan balikan (reversal bulge) dalam mass index boleh memberikan sedikit gambaran terhadap keadaan pasaran dan boleh juga digunakan sebagai sambungan dagangan untuk satu arah aliran.

Bagus untuk dagangan jangka pendek, mass index boleh diubah dengan senang untuk kepekaan (sensitivity) atau berdasarkan kepada tempoh tertentu yang berkaitan dengan ketidakstabilan pasaran bergantung kepada saham.

Kesimpulan

Mass index ialah satu alat untuk penganalisa teknikal yang memeriksa julat perbezaan di antara harga saham tinggi dan rendah sepanjang satu tempoh masa tertentu. Satu balikan (reverse) dalam arah aliran pasaran (market trend) akan menjadi jelas jika terjadi pengembangan julat dan ia berhenti pada satu titik.