Peraturan Strim dan komen-komen strim

Strim adalah bagaimana anda patut bersiaran langsung dan berkongsi pendapat pasaran, idea dagangan dan analisis pada video. Kesemua peraturan dalaman perlu dipatuhi untuk penstriman dan penonton secara langsung. Berikut adalah sedikit petua:

  • Kesemua Strim hendaklah mempunyai tajuk yang jelas, gambar dan penjelasan supaya pembaca dapat memahami dengan mudah dan menyertai Strim.
  • Paparan kecil strim boleh mempunyai nama pengguna TradingView anda dan nama siaran. Ia tidak boleh mengandungi slogan, pautan atau rujukan kepada mana-mana saluran media sosial atau apa-apa jenis pengiklanan dan promosi lain.
  • Apabila mengadakan penstriman semula kepada platform lain, kedua-dua video dan audio perlu dihoskan di TradingView.
  • Sila jangan masukkan kandungan berhak cipta. Sila rujuk dasar peraturan hak cipta dan penggunaan wajar peraturan dalaman kami untuk maklumat lebih lanjut.
  • Satu Strim boleh mempunyai platform lain semasa ke udara, hanya jika produk atau data TradingView adalah tidak mencukupi untuk anda membuat penjelasan. Tiada penstriman ekslusif daripada platform lain akan dibenarkan.
  • Berinteraksi dengan penonton TradingView semasa penyiaran. Penstriman senyap pada skrin anda adalah tidak dibenarkan.
  • Penstriman hanya dibenarkan dalam bahasa kawasan yang halaman anda berada. Sekiranya bahasa strim anda tidak disokong pada TradingView (masih belum), sila beri cadangan di Reddit untuk memasukkannya.