Gambaran keseluruhan pantas bagi fungsi Penyaring – perkara yang anda perlu tahu sebelum bermula

Fungsi penyaring adalah untuk mencari simbol-simbol yang sepadan dengan kriteria penapisan terkini anda, dan mempersembahkan data simbol semasa dalam bentuk jadual.

Mula gunakan penyaring dengan memilih penapis yang dikehendaki dalam menu Penapis ataupun dari tajuk lajur: 


Anda boleh simpan tetapan penapis dalam menu ke bawa yang terletak di tepi butang “Penapis”. Anda boleh namakan praset tersebut, dan selepas itu anda bolehlah mengaplikasinya kepada penapis dari menu ke bawah yang sama.


Sekiranya terdapat tanda * pada nama penapis ini, ia bermaksud penapis ini belum lagi disimpan:

Anda boleh menambah dan membuang lajur-lajur dengan menekan butang “Tetapan lajur”:

Setelah menetapkan lajur-lajur yang diperlukan, anda boleh menyimpan kumpulan lajur ini dengan memilih “Simpan Lajur Sebagai…”:

Perhatikan bahawa kumpulan lajur tidak disimpan bersama dengan praset penapis kerana mereka adalah dua unsur yang berasingan dalam sistem penyaring. Oleh itu, jika anda telah menetapkan lajur-lajur, tetapi hanya menyimpan saringan penapis, apabila anda menukar jenis saringan, urutan lajur akan kembali ke keadaan lalai setelah halaman memuatkan semula.

Selang masa ditetapkan di sini. Cuma klik butang ini dan pilih rangka masa yang akan digunakan untuk penapis-penapis dan data sebenar.


Sesetengah penapis/lajur mempunyai selang yang telahpun ditentukan, contohnya seperti "Perubahan 5m", "Ketaktentuan Minggu ", dll.

Harap maklum bahawa maklumat penyaring tidak dikemas kini dengan frekuensi yang sama dengan maklumat carta. Kadar muat semula boleh didapati di sini: