Bagaimana selang Penyaring berkait dengan penapisan?

Semua penapis Penyaring (dan data) dikira pada selang masa yang ditetapkan pada bar alat Penyaring (kecuali jika sudah ditentukan sebelumnya dalam nama penapis).

Contohnya jika anda tetapkan selang masa Penyaring kepada 5 minit, maka semua penapis Penyaring akan menunjukkan data simbol sperti mana anda melihatnya pada carta 5 minit.

Walau bagaimanapun, penapis "Perubahan 15m" selalu dikira pada selang 15 minit dan tidak bergantung pada rangka masa yang anda tetapkan dalam Penyaring. Pada selang masa apa pun, penapis tersebut akan menunjukkan nilai untuk selang masa yang ditentukan dalam tajuknya.


Pada masa ini, selang masa berbilang tidak dapat digunakan untuk lajur-lajur berbeza dalam Penyaring secara serentak.