Panduan penstriman

Bolehkah kami strimkan semula daripada perisian penyiaran seperti OBS, Streamlabs dan lain-lain?

Ya, anda boleh strim ke TradingView menggunakan hampir semua alat perisian luar. Cipta strim anda dan pada pemasangan, pilih perisian Strim Luaran. Gunakan tetapan ini untuk melakukan tetapan pada OBS dengan betul. Tamatkan langkah-langkah kepada strim langsung anda dan selepas habis, anda akan diberikan perincian yang anda perlukan termasuklah satu kunci strim untuk memulakan strim langsung. 

Adalah kami memerlukan penafian atau amaran risiko?

Jadi setelus mungkin mengenai apa yang strim anda akan lakukan. Telus pada tajuk dan penjelasan mengenai apa yang anda akan tunjukkan sama ada ia adalah dagangan langsung atau bahan-bahan pendidikan. Jika anda melakukan strim sebagai brokeraj, bank atau ahli kewangan, anda hendaklah mengikuti garis panduan syarikat anda dan memasukkan penafian yang sepatutnya.

Bolehkah saya memainkan muzik atau menunjukkan video-video lain atau imej-imej di dalam strim langsung saya?

Boleh, anda boleh membina satu strim langsung yang menunjukkan pelbagai perkara yang anda sedang lihat sama ada carta, berita, artikel atau apa-apa jua bentuk kandungan. Tetapi sila ketahui bahawa bahan-bahan yang mempunyai hak cipta adalah tidak dibenarkan. Anda sepatutnya mendapatkan kebenaran untuk semua yang anda kongsi atau beritahu. Kami akan membuang strim yang melanggar peraturan-peraturan ini. Secara umum, penstriman senyap dengan hanya ada muzik latarbelakang akan adalah dilarang.

Bolehkah kami melakukan pengiklanan di dalam strim langsung?

Strim langsung adalah dicipta untuk membantu komuniti dagangan dan pelaburan. Kami mengharapkan semua penstrim langsung untuk berkongsi kandungan yang berguna, menarik atau mendidik dan bukannya pengumpanan atau pengiklanan. Strim langsung sekarang mematuhi Peraturan Rumah sedia ada kami: https://my.tradingview.com/house-rules/

Adakah apa-apa maklum balas berkaitan Strim sebagai satu produk diterima?

Strim langsung adalah satu ciri baru di TradingView dan pasukan kami membinanya menggunakan maklum balas dan penggunaan anda. Kami menambahbaik alat setiap hari berdasarkan kepada cadangan anda. Kami harap anda boleh mengajukan apa-apa cadangan yang ada di komuniti Reddit kami, kerana ia merupakan satu tempat di mana pengguna-pengguna lain dapat mengundi dan meninggalkan komen. Sila ambil maklum bahawa kami selalunya meletakkan keutamaan berdasarkan kepada bilangan permohonan yang diterima dari pengguna. Sentiasa hantarkan maklum balas kepada kami dan selalu perhatikan kemaskini kami!

Bolehkah strim langsung disiarkan di dalam bahasa-bahasa lain?

TradingView menyokong kebanyakan bahasa dan kawasan di seluruh dunia. Jika anda bercadang untuk menyiarkan di dalam Bahasa Inggeris, sila gunakan tapak Bahasa Inggeris sejagat kami. Jika anda ingin menyiarkan dalam bahasa lain seperti Bahasa Sepanyol atau Jepun, sila gunakan tapak wilayah kami yang tersedia, contohnya: es.tradingview.com atau jp.tradingview.com. Anda boleh mendapatkan senarai penuh tapak-tapak wilayah dan perubahan kepada mana-mana yang anda pilih melalui profil pengguna anda. Penstriman di dalam bahasa lain selain daripada yang disokong adalah tidak dibenarkan.

Apakah arahan-arahan yang saya perlukan untuk memulakan strim langsung?

Apabila anda menyertai strim langsung, anda akan mendapat satu mesej alu-aluan di dalam mesej peribadi TradingView anda dengan sedikit arahan asas. Kami juga mempunyai satu Pusat Bantuan dengan pelbagai artikel termasuk Soalan Lazim ini untuk membantu anda bermula: Bagaimana untuk mencipta strim.

Bolehkah strim langsung disebarkan atau ditunjukkan dengan lebih meluas di dalam TradingView? 

Cara terbaik untuk mencipta satu strim langsung yang popular adalah dengan melakukan strim dengan konsisten. Ini akan membina ikutan anda dan menaikkan lihatan anda dari masa ke semasa. Anda juga boleh menjemput kawan-kawan anda, menggunakan media sosial untuk berkongsi dan membina profil TradingView anda untuk mendapatkan lebih ramai pengikut. Pengikut-pengikut anda akan mendapat pemberitahuan bila-bila masa anda ke udara! Jika anda berminat dengan mana-mana peluang berbayar, sila rujuk kepada pasukan pengiklanan kami: https://my.tradingview.com/advertising-info/

Adakah anda ada cara terbaik untuk penstriman? 

Ada, anda boleh membacanya di artikel ini.